Tarikh Bayaran Duit i-Lestari KWSP Untuk Januari 2021 (Jadual)

Tarikh Bayaran Duit i-Lestari KWSP Untuk Januari 2021 (Jadual). Bilakah tarikh pembayaran i-Lestari KWSP bulan Januari 2021? Panduan buat Ahli KWSP yang telah membuat permohonan pengeluaran i-Lestari. Untuk makluman, pembayaran i-Lestari KWSP bagi bulan sebelum ini telah dikreditkan ke akaun masing-masing pada tarikh yang ditetapkan. Bagi pemohon yang gagal dikreditkan, anda akan menerima Cek Jurubank daripada pihak KWSP atau pengemaskinian akaun maklumat di portal ilestari. Pengeluaran i-Lestari KWSP bagi bulan Januari 2021 dijangka dikreditkan ke akaun bank bermula pada 4 Januari 2021 secara berperingkat.

Tarikh Bayaran Duit i-Lestari KWSP Untuk Januari 2021 (Jadual)

Bagi anda yang nak buat permohonan baru atau pembatalan pengeluaran i-Lestari hendaklah dibuat sebelum atau pada 31 Mac 2021. Amaun pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan adalah minimum RM50 dan RM500 maksimum. Pengeluaran i-Lestari adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan Ahli bagi memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik COVID-19.

Tarikh Bayaran Duit i-Lestari KWSP Untuk Januari 2021 (Jadual)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pengeluaran i-Lestari KWSP termasuk memaparkan konsep am, tarikh dan semakan status :

Jadual Bayaran Pengeluaran i-Lestari Bulan Januari 2021

Menurut maklum balas daripada KWSP, Ahli hanya perlu membuat permohonan pengeluaran satu (1) kali sahaja. Ahli akan terima bayaran i-Lestari dalam tempoh yang sama pada setiap bulan berikutnya. Bagaimanapun, bayaran ini akan diproses pada hari bekerja berikutnya sekiranya tarikh bayaran jatuh pada hari Sabtu, Ahad atau cuti umum.

Jika pada 4 Januari 2021 masih belum terima lagi pembayaran bermakna pihak KWSP membuat pembayaran secara berperingkat.

Tarikh Bayaran Duit i-Lestari KWSP Untuk Januari 2021 (Jadual)

Nota : Jadual bayaran i-Lestari hanya sebagai rujukan sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Kemaskini Pembayaran i-Lestari KWSP

Cara Semak Baki Akaun 2 Untuk Pengeluaran i-Lestari

Bagi Ahli yang mempunyai i-Akaun KWSP boleh semak penyata, baki dan transaksi bayaran i-Lestari secara atas talian seperti berikut :

1. Login i-Akaun KWSP https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

2. Pilih Withdrawal/ Pengeluaran untuk ke proses seterusnya.

3. Pilih Withdrawal History.

Cara Semakan Status Pengeluaran i-Lestari KWSP

Semakan status pengeluaran i-Lestari KWSP boleh dibuat secara online menerusi laman web https://ilestari.kwsp.gov.my.

Sebarang pertanyaan lanjut tentang Pengeluaran i-Lestari KWSP, sila hubungi di talian hotline KWSP 03-8922-4848.

Penafian : Laman web myinformasi tiada sebarang kaitan dengan KWSP. Laman ini hanya kongsikan atau sampaikan informasi kepada umum. Sebarang kehilangan tidak dipertanggungjawabkan oleh laman myinformasi.

BACA JUGA :

Leave a Reply