Cara Permohonan i-Sinar KWSP Akaun 1 Mulai 21 Disember 2020 Online. Panduan buat pencarum KWSP yang ingin membuat pengeluaran akaun 1 KWSP. Untuk makluman, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membenarkan Ahli membuat pengeluaran akaun 1 KWSP yang dikenali sebagai i-Sinar. Permohonan ini boleh dibuat secara atas talian (online) bermula pada 21 Disember 2020 bagi kategori 1 menerusi laman web i-Sinar.

Ahli yang layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020. Amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat. Pengkreditan pertama akan bermula pada bulan Januari 2021. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan. Secara umum, ahli yang layak boleh mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.
Cara Permohonan i-Sinar KWSP Akaun 1 Mulai 21 Disember 2020 Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang i-Sinar Pengeluaran Akaun 1 KWSP termasuk memaparkan syarat kelayakan, jumlah pengeluaran, cara permohonan dan semakan status:
Apa Itu i-Sinar?
i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.
Tarikh Mohon i-Sinar KWSP
Bagi anda tergolong dalam Kategori 1, anda boleh mula memohon pada 21 Disember 2020. Manakala, bagi anda yang tergolong dalam Kategori 2 pula, permohonan boleh dibuat bermula 11 Januari 2021.
Syarat Kelayakan Permohonan i-Sinar KWSP
Antara syarat-syarat kelayakan i-Sinar KWSP adalah seperti berikut:
A. Kategori 1
Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, dan:
- Anda sudah lama tidak mencarum
- Anda seorang suri rumah
- Anda bekerja sendiri dan bekerja di sektor ekonomi gig
- Anda hilang pekerjaan
- Anda diberi cuti tanpa gaji
- Anda hilang sumber pendapatan
Tiada dokumen perlu disertakan bersama permohonan. Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP:
- Tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
- Mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020.
B. Kategori 2
Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.
Permohonan ini perlu disertakan bersama dokumen berikut:
- Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
- Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
- Dokumen sokongan lain yang berkaitan seperti penyata bank.
Contoh Amaun Kelayakan i-Sinar KWSP
Baki Simpanan Akaun 1 : RM100,000 dan ke bawah
- Pengeluaran sehingga RM10,000 (Tertakluk kepada baki simpanan minimum RM100 dalam Akaun 1).
- Bayaran bulan pertama mengikut pilihan anda sehingga maksimum RM5,000.
- Bayaran selebihnya adalah minimum RM1,000 sebulan (Tertakluk kepada baki akhir Akaun 1 dengan amaun bayaran minimum RM50).
- Dibayar dalam tempoh sehingga 6 bulan.
Baki Simpanan Akaun 1 : Lebih dari RM100,000
- Pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan (Tertakluk kepada amaun maksimum RM60,000).
- Bayaran bulan pertama mengikut pilihan anda sehingga maksimum RM10,000.
- Bayaran selebihnya adalah minimum RM1,000 sebulan.
- Dibayar dalam tempoh sehingga 6 bulan.
Cara Mohon i-Sinar Pengeluaran Akaun 1 KWSP
1. Permohonan boleh dibuat secara online di laman web rasmi https://isinar.kwsp.gov.my/
2. Isikan nombor kad pengenalan/myPR dan nombor telefon bimbit.
3. Klik TERUSKAN.
4. Isikan Nombor OTP yang diterima melalui SMS dan tekan sahkan OTP atau jawab soalan keselamatan untuk pengesahan.
5. Tetapkan amaun pilihan
6. Tetapkan bayaran bulanan pertama dan tekan TERUSKAN
7. Lengkapkan maklumat pemohon yang wajib diisi
8. Lengkapkan maklumat bayaran dan tekan TERUSKAN
9. Semak maklumat pemohon dan maklumat pembayaran dan tandakan BETUL sebelum tekan HANTAR.
10. Permohonan anda diterima dan akan diproses.

Kaedah Bayaran Pengeluaran i-Sinar KWSP
1. Bagigi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021.
2. Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
3. Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
4. Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.
Soalan Lazim Pengeluaran i-Sinar KWSP
1. Apa itu Nombor OTP i-Sinar?
OTP ialah One Time Passcode yang dihantar kepada nombor telefon mudah alih berdaftar anda untuk tujuan pengesahan dan keselamatan.
2. Apa itu soalan keselamatan i-Sinar?
Soalan-soalan yang sering diajukan kepada ahli KWSP untuk memastikan identiti ahli BENAR dan tidak disalahgunakan.
3. Apa itu amaun pilihan i-Sinar?
Amaun pilihan bermaksud jumlah wang KWSP akaun 1 yang ingin dikeluarkan ahli berdasarkan syarat kelayakan. Contohnya ahli layak membuat pengeluaran sebanyak RM60,000, tetapi ahli hanya perlukan RM30,000 sahaja.
Maka ahli perlu tulis pada amaun pilihan sebanyak RM30,000
Sebarang keterangan lanjut, sila layari ke laman web rasmi KWSP atau hubungi di talian 03-8922 4848.
BACA JUGA :



Good