Cara Daftar i-Saraan KWSP Untuk Bekerja Sendiri/ Suri Rumah, Insentif RM250 Setahun

Cara Daftar i-Saraan KWSP Untuk Bekerja Sendiri/ Suri Rumah, Insentif RM250 Setahun. Panduan buat anda yang bekerja sendiri dan ingin membuat caruman KWSP. Untuk makluman, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menawarkan satu insentif baharu iaitu i-Saraan khususnya kepada golongan yang bekerja sendiri termasuk surirumah yang ingin membuat caruman KWSP. Menurut Pelan Pemulihan Ekonomi, pemberian geran padanan sebanyak RM50 juta untuk pekerja dalam sektor ekonomi gig untuk membuat simpanan KWSP mereka melalui program i-Saraan. Mereka boleh membuat pendaftaran i-Saraan KWSP dengan memuat turun borang permohonan di laman web KWSP atau hadir sendiri ke kaunter KWSP.

Cara Daftar i-Saraan KWSP Untuk Bekerja Sendiri/ Suri Rumah, Insentif RM250 Setahun

i-Saraan atau sebelum ini dikenali sebagai Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia adalah merupakan program caruman sukarela KWSP dengan insentif untuk golongan yang bekerja sendiri atau suri rumah. Pencarum juga berpeluang menerima insentif khas kerajaan sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setiap tahun kepada ahli di bawah umur 55 tahun yang mencarum dalam program i-Saraan.

Cara Daftar i-Saraan KWSP Untuk Bekerja Sendiri/ Suri Rumah, Insentif RM250 Setahun

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang i-Saraan KWSP termasuk memaparkan syarat kelayakan, faedah insentif dan cara pendaftaran :

Syarat Kelayakan i-Saraan

  • Warganegara Malaysia
  • Orang yang bekerja sendiri (Orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja)
  • Ahli KWSP
  • Berumur 55 tahun ke bawah
  • Telah membuat pilihan i-Saraan (Menghantar borang KWSP 16G (M)

Senarai Golongan Bekerja Sendiri

  • Petani/ nelayan/ pemandu teksi
  • Pengasuh Bayi
  • Peniaga kecil/ penjaja/ peniaga pasar malam/ peniaga uptown
  • Ejen menerima komisen (cth: ejen insurans, ejen hartanah)
  • Freelancer (cth: menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, pelakon, penyanyi, jurulatih kesihatan, perunding)
  • Pemilik perniagaan dalam talian
  • Pemilik perniagaan (pemilik tunggal/rakan kongsi) yang membeli dan menjual barangan/perkhidmatan
  • Pemilik praktis sendiri (cth: peguam, akauntan, doktor)
  • Suri rumah
  • Pekerja Berpencen

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Daftar i-Akaun KWSP

Senarai Faedah Insentif i-Saraan

  • Menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap
  • Mencarum mengikut masa dan kemampuan kewangan anda serta anda masih boleh membuat pengeluaran
  • Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda
  • Menerima insentif khas sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun bagi ahli yang berumur kurang 55 tahun. Insentif khas ini diberikan dari tahun 2018 sehingga 2022.
  • Bantuan Kematian: RM2,500

Cara Mendaftar i-Saraan KWSP

  1. Pastikan anda sudah mendaftar sebagai ahli KWSP.
  2. Download dan lengkapkan borang i-Saraan KWSP https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/140512/KWSP_16G_M.pdf/b6403b01-b6a8-451b-a741-fcf30293a1f1
  3. Sekarang nak ke kaunter KWSP kena buat temujanji dulu. Sila buat permohonan temu janji dengan KWSP disini https://www.kwsp.gov.my/ms/janjitemu
  4. Datang ke kaunter KWSP yang anda dah tetapkan temujanji tadi.
  5. Sila bawa kad pengenalan anda beserta borang i-Saraan KWSP.
  6. Ambil nombor giliran dan tunggu.
  7. Selesai

Cara Bayaran Caruman i-Saraan

  • Perbankan internet
  • Kaunter ejen bank (BSN, Maybank, Public Bank, RHB Bank)
  • Kaunter KWSP

Sebarang pertanyaan lanjut, sila layari ke laman web rasmi KWSP.

BACA JUGA : Cara Daftar i-Suri KWSP Bagi Suri Rumah

Leave a Reply