Cara Daftar i-Akaun KWSP Online Untuk Semak Baki & Pengeluaran Akaun 1. Nak mendaftar i-Akaun KWSP? Panduan buat pencarum KWSP yang ingin menyemak baki Akaun 1 dan Akaun 2. Untuk makluman, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan satu portal online iaitu i-Akaun untuk memudahkan Ahli menyemak penyata dan baki simpanan akaun 1 dan akaun 1 KWSP secara dalam talian. Pendaftaran i-Akaun boleh dibuat secara online menerusi laman web rasmi i-Akaun KWSP.

Cara Daftar i-Akaun KWSP Online Untuk Semak Baki & Pengeluaran Akaun 1
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang i-Akaun KWSP termasuk memaparkan syarat kelayakan dan cara pendaftaran :
Syarat Kelayakan Daftar i-Akaun KWSP
Antara syarat-syarat kelayakan pendaftaran i-Akaun adalah seperti berikut :
- Pemohon ialah seorang pencarum KWSP
- Pemohon mempunyai nombor ahli KWSP yang sah
- Pemohon mempunyai nombor telefon bimbit yang masih aktif untuk terima kod TAC
- Majikan anda juga mempunyai nombor KWSP yang sah
ARTIKEL BERKAITAN : Cara Kemaskini Dan Batal i-Lestari KWSP RM500 Online
Pendaftaran i-Akaun KWSP Secara Online
Sebelum daftar i-Akaun KWSP secara online, pastikan ahli mendapatkan TAC Pengaktifan dengan daftar nombor telefon dimana-mana kaunter atau Kiosk KWSP atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000.
- Dapatkan ID & Kata Laluan sementara anda di pejabat/kios KWSP berdekatan.
- Pendaftaran boleh dibuat secara online menerusi pautan https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login.
- Pergi kepada ikon ‘Log Masuk’ dan gunakan ID & Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan akaun.
- Selepas anda setuju, anda perlu pilih ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda.
- Apabila pengaktifkan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda
- Log masuk dengan maklumat akaun baru anda dan kini anda bertanggungjawab terhadap simpanan KWSP anda.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03 – 8922 6000 atau hadir mana-mana Pejabat KWSP.
BACA JUGA : Cara Pendaftaran i-Akaun KWSP Melalui Emel Untuk Pengaktifan