Senarai Calon Anugerah Skrin 2019 (ASK2019). Siapakah bakal pemenang dalam Anugerah Skrin 2019? Anugerah Skrin 2019 atau ringkasnya ASK2019 adalah majlis penganugerahan untuk memberi pengiktirafan kepada penggiat seni tanah air. Penganugerahan ini yang dianjurkan buat kali ke-22 akan mempertaruhkan 30 kategori yang merangkumi 14 kategori drama, 7 kategori filem, 9 kategori bukan drama dan teknikal.

Malam anugerah ASK 2019 bakal berlangsung pada 1 November 2019 secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra pukul 9.00 malam di TV3. ASK 2019 mengekalkan konsep seperti tahun lalu iaitu tanpa hos utama mengendalikan malam anugerah tetapi akan dikendalikan oleh enam pasangan selebriti berperanan sebagai penyampai anugerah.
Senarai Calon Anugerah Skrin 2019 (ASK2019)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Anugerah Skrin ASK 2019 termasuk memaparkan tarikh, masa, lokasi dan kategori yang dipertandingkan :
TARIKH : 1 November 2019
MASA : 9.00 malam
LOKASI : Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra
Senarai kategori yang dipertandingkan pada malam kemuncak ASK2019
1. Drama Terbaik
2. Pengarah Terbaik Drama
3. Lakon TV Terbaik
4. Pelakon Lelaki Terbaik Drama
5. Pelakon Wanita Terbaik Drama
6. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama
7. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
8. Drama Rantaian Terbaik
9. Pelakon Komedi Terbaik
10. Drama Komedi Terbaik
11. Videografi Drama Terbaik
12. Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina)
13. Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian (Melayu/Cina)
14. Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian (Melayu/Cina)
15. Rancangan Majalah Terbaik
16. Rancangan Realiti Terbaik
17. Rancangan Anugerah Terbaik
18. Filem Terbaik
19. Lakon Layar Terbaik
20. Pengarah Terbaik Filem
21. Pelakon Wanita Terbaik Filem
22. Pelakon Lelaki Terbaik Filem
23. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem
24. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem
Senarai Pemenang 7 Kategori Bukan Drama dan Teknikal
1. Rekabentuk Set Terbaik – Anugerah Skrin 2018
2. Montaj Terbaik – Halaqah 2019
3. Rancangan Dokumentari Terbaik – Majalah. (Pertabalan Yang Dipertuan Agong Yang Ke-16)
4. Rancangan Bual Bicara Terbaik – Feel Good Show (Deepavali)
5. Laporan Khas Berita Terbaik – Buletin Utama (Aduan Rakyat ‘Kampung Sampah’)
6. Rancangan Hiburan Terbaik – RTM Konsert Minggu Ini: Ratu 2.0
7. Rancangan Anugerah Terbaik – Anugerah Juara Lagu 33
BACA JUGA : Keputusan Pemenang Anugerah Skrin 2019
Tahniah kepada semua pemenang Anugerah Skrin 2019!