Cara Kemaskini Maklumat Pembayaran i-Lestari KWSP Bagi Gagal Dikreditkan Ke Akaun

Cara Kemaskini Maklumat Pembayaran i-Lestari KWSP Bagi Gagal Dikreditkan Ke Akaun. Anda sudah menerima bayaran pengeluaran i-Lestari KWSP? Panduan buat pencarum KWSP yang gagal dikreditkan ke akaun bank. Menurut makluman terkini, rata-rata pencarum KWSP gagal menerima bayaran pengeluaran i-Lestari kerana nombor akaun bank yang sama dikemukakan oleh Ahli lain dan juga digantikan dengan Cek Jurubank. Bagi anda berstatus lulus tapi gagal dikreditkan perlu membuat pengemaskinian maklumat pembayaran Pengeluaran I-Lestari KWSP secara atas talian (online) melalui portal i-Lestari Online. Manakala yang berstatus Cek Jurubank, anda perlu menunggu cek tersebut sampai ke rumah masing-masing melalui pos berdaftar.

Cara Kemaskini Maklumat Pembayaran i-Lestari KWSP Bagi Gagal Dikreditkan Ke Akaun

Cara Kemaskini Maklumat Pembayaran i-Lestari KWSP Bagi Gagal Dikreditkan Ke Akaun

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pengemaskinian Pembayaran i-Lestari KWSP termasuk memaparkan cara kemaskini :

Punca Pembayaran i-Lestari KWSP Gagal Dikreditkan

Menurut makluman, terdapat Ahli yang gagal menerima pengeluaran i-Lestari KWSP disebabkan kesilapan memasukan butiran maklumat akaun atau meletakkan nombor akaun pihak ketiga. Bagi pencarum KWSP gagal menerima bayaran pengeluaran i-Lestari kerana nombor akaun bank yang sama dikemukakan oleh Ahli lain dan juga digantikan dengan Cek Jurubank.

Cara Pengemaskinian Maklumat Pembayaran Pengeluaran i-Lestari KWSP

Bagi anda yang menerima SMS memaparkan pengeluaran anda tidak boleh dibayar kerana no. akaun bank yang sama dikemukakan oleh Ahli lain perlu membuat pengemaskinian maklumat pembayaran Pengeluaran I-Lestari KWSP seperti berikut :

1. Layari ke laman web https://ilestari.kwsp.gov.my/resubmit_account.php

2. Masukkan nombor kad pengenalan anda.

3. Isikan nama penuh dan nombor telefon bimbit anda.

4. Anda perlu buat pengesahan butiran pembayaran dengan pilihan akaun bank dikehendaki.

5. Masukkan nombor akaun bank yang aktif. Pastikan akaun bank adalah milik ahli yang memohon.

6. Kemudian, sahkan nombor akaun bank. Permohonan akan terbatal dan bayaran tidak dapat diproses sekiranya pemohon menggunakan akaun bank individu lain atau akaun bank bersama.

7. Tick pada kotak yang disediakan.

8. Klik pada butang ‘Saya Bukan Robot’.

9. Akhir sekali, hantar permohonan anda.

Cara Kemaskini Maklumat Pembayaran i-Lestari KWSP Bagi Gagal Dikreditkan Ke Akaun

Apa Itu Status Cek Jurubank?

Bagi anda bayaran pengeluaran gagal dikreditkan ke akaun bank dan digantikan dengan Cek Jurubank, anda perlu hubun KWSP di 03- 89226000 untuk maklumat lanjut.

Menurut makluman, anda tidak perlu hadir ke pejabat KWSP kerana akan membuat penghantaran Cek melalui pos berdaftar dan hantar Cek ke alamat surat menyurat penerima bayaran melalui alamat yang dinyatakan dalam borang permohonan.

Jangkaan penerimaan Cek Jurubank adalah 14 hari dari tarikh bayaran tertakluk pada penghantaran pihak kurier. Untuk semakan nombor pos berdaftar, sila hubungi Hotline i-Lestari 03- 89226000 atau mengemukakan pertanyaan ke https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us

Cara Kemaskini Maklumat Pembayaran i-Lestari KWSP Bagi Gagal Dikreditkan Ke Akaun

BACA JUGA : Cara Isi Borang Janji Temu Online KWSP Sepanjang PKPB

6 Comments

  1. Mohd huzairie bin zizi June 22, 2020
  2. Mohd huzairie bin zizi July 6, 2020
  3. AZLINA BINTI DZOL July 27, 2020
  4. Mars July 30, 2020
  5. Norzila binti md kharidi August 12, 2020
  6. SAFERI BIN LADI January 7, 2021

Leave a Reply