Cara Pendaftaran i-Akaun KWSP Melalui Emel Untuk Pengaktifan (Ahli)

Cara Pendaftaran i-Akaun KWSP Melalui Emel Untuk Pengaktifan (Ahli). Perhatian buat ahli atau majikan yang mempunyai akaun KWSP. Anda sudah ada buat pendaftaran i-Akaun? Kini, pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh membuat pendaftaran menerusi e-mel atau pos bermula 1 April 2020, untuk pengeluaran kemudahan i-Lestari seperti yang diumum oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ekoran penularan wabak Covid-19. Bagi pendaftaran secara dalam talian pula, ahli KWSP juga boleh dibuat secara online melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli).

Cara Pendaftaran i-Akaun KWSP Melalui Emel Untuk Pengaktifan (Ahli)

Lazimnya, pendaftaran dan pengaktifan akaun KWSP dalam i-Akaun boleh dibuat hanya di kaunter atau Kiosk KWSP. Namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan, ahli KWSP dibenarkan untuk mengaktifkan i-Akaun hanya melalui emel sahaja.

Cara Pendaftaran i-Akaun KWSP Melalui Emel Untuk Pengaktifan (Ahli)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran dan pengaktifan i-Akaun termasuk memaparkan cara pengeluaran i-Lestari KWSP :

Cara Daftar i-Akaun KWSP Melalui Emel

Anda boleh membuat pendaftaran i-Akaun (Ahli) melalui e-mel ke alamat iakaundaftar@epf.gov.my berserta dokumen sokongan seperti berikut:

01. Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli) Melalui e-mel; (klik SINI untuk muat turun borang).

Cara Pendaftaran i-Akaun KWSP Melalui Emel Untuk Pengaktifan (Ahli)
Cara Pendaftaran i-Akaun KWSP Melalui Emel Untuk Pengaktifan (Ahli)
Contoh Borang i-Akaun KWSP Melalui Emel

02. Lampiran MyKad (depan dan belakang);

03. Gambar swafoto Ahli bersama MyKad;

  • Bukti pemilikan nombor telefon Ahli (cth: bil telefon, kontrak pendaftaran telefon, resit bayaran deposit) ; atau
  • Tangkapan skrin penyata yang tertera nama Ahli dan nombor telefon bimbit untuk pengguna prabayar.

04. Salinan Buku/Penyata Akaun Bank Simpanan/Semasa yang aktif milik Ahli
upa ID Dan Kata Laluan I-Akaun KWSP, Ikuti 3 Langkah Mudah Ini –>

05. Jika pengesahan berjaya, Ahli akan:

  • Menerima ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS untuk pengaktifan i-Akaun (Ahli)
  • Seterusnya Ahli hendaklah mengemaskini kata laluan baharu.

Cara Pengaktifan i-Akaun Melalui Emel

Ahli hendaklah membuat pengaktifan i-Akaun (Ahli) dalam tempoh 30 hari selepas penerimaan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS.

Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP Melalui i-Akaun

Apabila i-Akaun (Ahli) telah diaktifkan, anda sudah boleh membuat pengeluaran i-Lestari secara dalam talian melalui i-Akaun (Ahli) sepertimana cara berikut:

Ahli perlu log masuk ke i-Akaun (Ahli) → Pilih Tab Pengeluaran → Klik e-Pengeluaran → Klik Permohonan Baru → Pilih Pengeluaran i-Lestari untuk memulakan transaksi.

Untuk cara lengkap permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP melalui i-Akaun boleh ke PANDUAN.

BACA JUGA : Soalan Lazim Pengeluaran i-Lestari KWSP

2 Comments

  1. mohd nazli b.yusoh@abdullah November 13, 2020
  2. Mohamad hakim bin barhama January 6, 2021

Leave a Reply