Tarikh Pembayaran i-Lestari KWSP Bagi Bulan Seterusnya Dibayar?

Tarikh Pembayaran i-Lestari KWSP Bagi Bulan Seterusnya Dibayar? Panduan buat anda yang telah membuat permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP tahun 2020. Untuk makluman, pembayaran i-Lestari KWSP bagi bulan pertama telah dikreditkan ke akaun masing-masing mulai 4 Mei 2020. Bagi yang gagal dikreditkan, anda perlu membuat pengemaskinian akaun bank di portal I-Lestari Online atau menerima Cek Jurubank daripada pihak KWSP. Namun jadi tanda tanya buat penerima i-Lestari bila pula mereka akan menerima bayaran i-Lestari KWSP bagi bulan seterusnya. Terkini, pengeluaran i-Lestari KWSP bagi bulan seberikutnya akan dikreditkan ke akaun bank pada tanggal 1 hari bulan.

Tarikh Pembayaran i-Lestari KWSP Bagi Bulan Seterusnya Dibayar?

Bagi anda yang nak buat permohonan Pengeluaran i-Lestari hendaklah dibuat sebelum atau pada 31 Mac 2021. Pengeluaran i-Lestari adalah satu inisiatif daripada kerajaan untuk meringankan beban kewangan Ahli bagi memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik COVID-19.

Tarikh Pembayaran i-Lestari KWSP Bagi Bulan Seterusnya Dibayar?

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pengeluaran i-Lestari KWSP termasuk memaparkan tarikh dan cara pembayaran :

Konsep Am Pengeluaran i-Lestari KWSP

  • Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja.
  • Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti di item (c).
  • Kelayakan bilangan bulan pengeluaran dikira bermula dari tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP sehingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.

ILUSTRASI

i. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.

ii. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.

iii. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.

Artikel Berkaitan : Cara Kemaskini Maklumat Pembayaran i-Lestari KWSP Bagi Gagal Dikreditkan

Tarikh Bayaran Pengeluaran i-Lestari KWSP

Menurut daripada perbualan antara penerima i-Lestari dengan pihak KWSP, menyatakan bayaran pengeluaran i-Lestari adalah tempoh yang sama untuk bulan-bulan seberikutnya.

Menurut admin, sekiranya bulan pertama anda diberikan tarikh dikreditkan ke akaun pada 4 Mei 2020, anda tak semestinya menerima pada 4 Jun untuk bulan seberikutnya, sebaliknya mungkin anda akan terima pada 5 Jun atau 6 Jun 2020.

Terkini, pembayaran pengeluaran i-Lestari KWSP bagi bulan kedua (Jun) telah dikreditkan ke akaun bank mulai 1 Jun 2020 secara berperingkat.

Foto Kredit : FB Hisham Halim
Tarikh Pembayaran i-Lestari KWSP Bagi Bulan Seterusnya Dibayar?
Foto Kredit : FB

Cara Semakan Bayaran Pengeluaran i-Lestari KWSP

  1. Ahli perlu melayari laman web KWSP di https://ilestari.kwsp.gov.my
  2. Klik pada tab ‘SEMAK STATUS’.
  3. Masukkan nombor MyKad dan nombor telefon bimbit.
  4. Klik pada kotak ‘Saya bukan robot’ dan klik pada butang semak.

Soalan Lazim Pengeluaran i-Lestari KWSP

1. Perlukah Ahli membuat permohonan Pengeluaran i-Lestari pada setiap bulan?

Tidak. Ahli hanya perlu membuat permohonan pengeluaran satu (1) kali sahaja. Permohonan Pengeluaran i-Lestari adalah berkonsepkan secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya.

2. Bilakah tarikh akhir untuk menghantar borang Pengeluaran i-Lestari?

Tarikh akhir permohonan Pengeluaran i-Lestari hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021.

Sebarang pertanyaan lanjut, Ahli boleh menghubungi melalui talian hotline KWSP 03 8922 4848.

Sumber : KWSP

BACA JUGA : Cara Semak Wang i-Lestari KWSP Dikreditkan Bagi Bulan Kedua

Leave a Reply