Semakan Kemasukan Duit i-Lestari KWSP Bulan Januari 2021 (Jadual Bayaran). Bilakah tarikh pembayaran i-Lestari KWSP bulan Januari 2021? Panduan buat Ahli yang telah membuat permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP. Untuk makluman, kini anda boleh membuat semakan wang i-Lestari KWSP bagi bulan Januari 2021 telah dikreditkan ke akaun bank bermula pada 4 Januari 2021. Bulan lalu, pengkreditan wang pengeluaran i-Lestari KWSP dikreditkan ke akaun bank pada 1 Disember 2020. Bagi anda yang nak semak wang i-Lestari KWSP sama ada telah dikreditkan atau tidak, sila ke portal i-Akaun untuk semakan secara atas talian (online).

Semakan Kemasukan Duit i-Lestari KWSP Bulan Januari 2021 (Jadual Bayaran)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pengeluaran i-Lestari KWSP Akaun Kedua termasuk memaparkan tarikh bayaran dan aplikasi semakan :
Apa itu Pengeluaran i-Lestari KWSP
Pengeluaran i-Lestari adalah merupakan satu kemudahan kewangan yang disediakan oleh kerajaan dalam usaha membantu mengurangkan tekanan kewangan rakyat Malaysia ekoran penularan wabak Covid-19.
Tarikh Bayaran i-Lestari KWSP Januari 2021
Menurut makluman, pembayaran pengeluaran i-Lestari KWSP bagi bulan Januari 2021 akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing mulai 4 Januari 2021 secara berperingkat.
ARTIKEL BERKAITAN : Cara Mohon i-Suri KWSP Untuk Suri Rumah, Insentif RM480 Setahun
Cara Semak Baki Dan Transaksi Bayaran i-Lestari KWSP
A. Anda boleh semak melalui i-Akaun bagi yang mendaftar
- Bagi yang ada i-Akaun boleh terus log in ke i-Akaun (Ahli) melalui laman web rasmi KWSP www.kwsp.gov.my. Untuk pendaftaran baharu i-Akaun sila daftar di Kiosk KWSP berdekatan.
- Masukkan User ID dan password untuk ke halaman utama i-Akaun.
- Lihat di bahagian ‘Withrawal’, anda boleh tahu sama ada pengeluaran i-Lestari telah dikreditkan pada ‘payment date’.
B. Bagi anda yang telah dikreditkan ke akaun bank akan dimaklumkan dengan penghantaran SMS daripada KWSP
Bukti Bayaran i-Lestari KWSP Bulan Januari 2021


Untuk keterangan lanjut tentang Pengeluaran i-Lestari KWSP, sila layari ke laman web KWSP https://www.kwsp.gov.my/ms/faq-i-lestari.
BACA JUGA :