Cara Mohon i-Suri KWSP Untuk Suri Rumah, Insentif RM480 Setahun

Cara Mohon i-Suri KWSP Untuk Suri Rumah, Insentif RM480 Setahun. Nak carum KWSP? Berita baik buat golongan suri rumah yang ingin membuat caruman KWSP. Untuk makluman, kini kerajaan Malaysia menawarkan satu insentif khas iaitu i-Suri khususnya kepada golongan suri rumah yang berminat membuat caruman KWSP. Antara faedah dalam i-Suri KWSP adalah suri rumah akan menerima sumbangan sebanyak RM480 bermula tahun 2019 dan pada setiap tahun seberikutnya. Bantuan kematian turut disediakan dalam insentif i-Suri sebanyak RM2,500. Pendaftaran i-Suri KWSP boleh dibuat dengan memuat turun borang permohonan menerusi laman web rasmi KWSP.

Cara Mohon i-Suri KWSP Untuk Suri Rumah, Insentif RM480 Setahun

i-Suri KWSP adalah merupakan satu insentif yang diperkenalkan oleh kerajaan bertujuan untuk menggalakkan pihak suami membuat caruman bulanan secara sukarela mengikut kemampuan ke akaun KWSP isteri yang tidak bekerja sebagai perlindungan persaraan dan asas keselamatan sosial.

Cara Mohon i-Suri KWSP Untuk Suri Rumah, Insentif RM480 Setahun

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang i-Suri KWSP termasuk memaparkan syarat kelayakan, faedah, cara bayaran dan pendaftaran :

Syarat Kelayakan i-Suri KWSP

Antara syarat-syarat kelayakan pendaftaran i-Suri KWSP adalah iaitu :

  • Warganegara Malaysia.
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019.
  • Belum mencapai umur 60 tahun.
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR).

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Daftar eKasih Online

Faedah i-Suri KWSP

  • Mendapat insentif kerajaan sebanyak minimum RM40 sebulan tertakluk kepada jumlah maksimum RM480 setahun.
  • Menerima dividen tahunan KWSP
  • Bantuan Kematian: RM2,500

Siapakah Yang Boleh Mencarum

i. Diri sendiri (isteri)

ii. Suami kepada pasangan yang layak

Nota : Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), anda perlu membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi i-Suri.

Cara Daftar i-Suri KWSP

Pendaftaran boleh dibuat dengan hadir di mana-mana cawangan KWSP dengan membawa bersama MyKad beserta dua borang permohonan yang boleh di muat turun menerusi pautan di bawah :

Untuk maklumat lanjut tentang i-Suri KWSP, sila layari ke laman web https://www.kwsp.gov.my/.

BACA JUGA :

2 Comments

  1. Shalini December 9, 2020
  2. Izad Din December 9, 2020

Leave a Reply