Cara Semak Status Permohonan i-Sinar KWSP Online Mulai 4 Januari 2021 (Kategori 1)

Cara Semak Status Permohonan i-Sinar KWSP Online Mulai 4 Januari 2021 (Kategori 1). Nak semak status i-sinar KWSP? Panduan buat pencarum KWSP yang membuat permohonan i-sinar KWSP bagi kategori pertama. Untuk makluman, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membenarkan Ahli membuat pengeluaran akaun 1 KWSP yang dikenali sebagai i-Sinar. Permohonan i-Sinar telah dibuka secara atas talian (online) bermula pada 21 Disember 2020 bagi kategori 1 menerusi laman web i-Sinar. Semakan status kelulusan i-Sinar pula boleh dibuat secara online mulai 4 Januari 2021.

Cara Semak Status Permohonan i-Sinar KWSP Online Mulai 4 Januari 2021 (Kategori 1)

Bagi ahli KWSP yang layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020 mengikut kategori masing-masing. Pengkreditan pertama i-Sinar akan dibuat bermula pada 11 Januari 2021 bagi kategori 1. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan.

Cara Semak Status Permohonan i-Sinar KWSP Online Mulai 4 Januari 2021 (Kategori 1)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang i-Sinar Pengeluaran Akaun 1 KWSP termasuk memaparkan tarikh, cara permohonan dan semakan status:

Tarikh Semak Kelulusan i-Sinar KWSP

Ahli boleh semak status i-Sinar KWSP secara online bermula pada 4 Januari 2021 menerusi laman web rasmi i-Sinar.

Cara Permohonan i-Sinar KWSP Online Kategori 1

Permohonan i-sinar boleh dibuat secara online di laman web rasmi https://isinar.kwsp.gov.my/. Permohonan ini dibuka selama 6 bulan sehingga tarikh permohonan ditutup.

ARTIKEL BERKAITAN : Jadual Bayaran i-Lestari KWSP Bulan Januari 2021

Cara Semak Status Kelulusan i-Sinar KWSP Online Bagi Kategori 1

A. Portal i-Sinar

1. Semakan status i-Sinar boleh dibuat secara online menerusi laman web rasmi https://isinar.kwsp.gov.my/check-status pada 4 Januari 2021.

2. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan nombor telefon bimbit yang didaftarkan.

3. Klik ‘saya bukan robot’.

4. Seterusnya, klik pada butang ‘Semak Status’.

5. Keputusan permohonan akan dipaparkan sama ada LULUS atau dalam proses permohonan.

B. Portal i-Akaun

1. Selain portal i-Sinar, semakan status juga boleh disemak menerusi portal i-Akaun https://secure.kwsp.gov.my/.

2. Log masuk i-Akaun KWSP (ahli) bagi yang telah mempunyai ID.

3. Kemudian, klik pada peti mesej atau inbox.

4. Status permohonan akan dipaparkan sama ada LULUS atau dalam proses permohonan.

Kaedah Bayaran Pengeluaran i-Sinar KWSP

1. Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula pada 11 Januari 2021.

2. Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua (2) hingga tiga (3) minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan i-Sinar KWSP diberi.

Sebarang keterangan lanjut, sila layari ke laman web rasmi KWSP atau hubungi di talian 03-8922 4848.

BACA JUGA :

Leave a Reply