Cara Daftar i-Akaun Melalui Kiosk KWSP, Bank & Emel

Cara Daftar i-Akaun Melalui Kiosk KWSP, Bank & Emel. Nak mendaftar i-Akaun KWSP? Panduan buat pencarum KWSP yang ingin menyemak baki Akaun 1 dan Akaun 2. Untuk makluman, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan satu portal online iaitu i-Akaun untuk memudahkan Ahli menyemak penyata dan baki simpanan akaun 1 dan akaun 2 KWSP secara dalam talian. Pendaftaran i-Akaun boleh dibuat secara online menerusi laman web i-Akaun KWSP. Sebelum pendaftaran online, ahli perlu mendaftar i-Akaun di Kiosk KWSP, bank dan emel untuk mendapatkan ID dan kata laluan sementara.

Cara Daftar i-Akaun Melalui Kiosk KWSP, Bank & Emel

Cara Daftar i-Akaun Melalui Kiosk KWSP, Bank & Emel

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang i-Akaun KWSP termasuk memaparkan syarat kelayakan, cara pendaftaran dan kemudahan :

Syarat Kelayakan Daftar i-Akaun KWSP

  1. Pemohon ialah seorang pencarum KWSP
  2. Pemohon mempunyai nombor ahli KWSP yang sah
  3. Pemohon mempunyai nombor telefon bimbit yang masih aktif untuk terima kod TAC
  4. Majikan anda juga mempunyai nombor KWSP yang sah

Cara Pendaftaran i-Akaun KWSP

Untuk pendaftaran i-Akaun boleh dilakukan melalui Kiosk KWSP, pihak ketiga Kiosk (bank) dan emel seperti berikut :

A. Daftar i-Akaun Melalui Kiosk KWSP

Sebelum daftar i-Akaun KWSP secara online, pastikan ahli mendapatkan TAC Pengaktifan dengan daftar nombor telefon dimana-mana kaunter atau Kiosk KWSP.

  1. Dapatkan ID & Kata Laluan sementara anda di pejabat/kios KWSP berdekatan.
  2. Masukkan IC dan nombor telefon terkini.
  3. Kemudian, cap jari anda.
  4. Tunggu 10 saat akan keluarkan kertas yang mengandungi No. ID dan kata laluan sementara.

Daftar i-Akaun Secara Online

  1. Bagi anda yang mempunyai nombor ID dan password sementara, sila buat pendaftaran secara online menerusi laman web rasmi KWSP https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login.
  2. Pergi kepada ikon ‘Log Masuk’ dan gunakan ID & Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan akaun.
  3. Selepas anda setuju, anda perlu pilih ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda.
  4. Apabila pengaktifkan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya.
  5. Log masuk dengan maklumat akaun baru anda dan kini anda bertanggungjawab terhadap simpanan KWSP anda.

BACA JUGA : Permohonan i-Sinar KWSP Untuk Pengeluaran Akaun 1

Semakan Lokasi Kiosk KWSP

Bagi menggunakan perkhidmatan kiosk KWSP, anda perlu semak lokasi kiosk yang berdekatan dengan anda seperti di bawah :

  1. Layari laman web KWSP https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks
  2. Di bahagian “Hubungi Kami”, sila klik pada “Pejabat dan Kios”.
  3. Pilih negeri dan jenis perkhidmatan untuk disemak.
  4. Senarai kiosk KWSP yang berada di negeri yang dicari akan terpapar di screen telefon atau komputer anda.

B. Daftar i-Akaun Melalui Emel

  1. Ahli boleh membuat permohonan pendaftaran dan pengaktifan i-Akaun (Ahli) melalu e-mel ke iakaundaftar@epf.gov.my.
  2. Contact Management Centre (CMC) terima e-mel dan mengesahkan semua dokumen adalah betul dan sepadan dengan rekod KWSP. CMC akan e-mel kembali kepada ahli KWSP dengan 5 soalan sekuriti.
  3. Ahli terima dan menjawab soalan sekuriti dengan menghantar e-mel ke iakaundaftar@epf.gov.my.
  4. CMC terima email dan memastikan semua soalan dijawab dengan betul.
  5. CMC membuat pendaftaran di BDS dan Support Centre.
  6. Ahli terima ID pengguna dan password sementara melalui SMS dan membuat pengaktifan i-Akaun.

Kemudahan i-Akaun

Antara kemudahan dan kelebihan menggunakan sistem i-Akaun adalah seperti berikut :

  • Kemaskini maklumat peribadi
  • Semakan kelayakan pengeluaran
  • Semakan baki simpanan
  • Semakan penyata KWSP akaun 1 dan 2
  • Semakan rekod caruman individu/caruman majikan
  • Menukar daripada akaun konvensional kepada akaun Shariah
  • Menyemak maklumat penamaan/waris
  • Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
  • Menyemak status permohonan pengeluaran i-Lestari dan i-Sinar

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03 – 8922 6000 atau hadir mana-mana Pejabat KWSP.

BACA JUGA :

Leave a Reply