Semakan Tarikh Tamat Roadtax Dan Insurans Kenderaan Online

Semakan Tarikh Tamat Roadtax Dan Insurans Kenderaan Online. Bilakah tarikh luput lesen kenderaan motor anda? Panduan buat pemandu kenderaan di Malaysia, dimana kini anda boleh semak tarikh tamat roadtax dan insurans secara online menerusi laman web Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ). Selain itu, anda juga boleh menyemak Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor (LKM). Maklumat yang dipaparkan termasuk nombor plat kenderaan, tarikh mula dan tamat serta tarikh tamat insurans.

Semakan Tarikh Tamat Roadtax Dan Insurans Kenderaan Online

Portal web JPJ turut menyediakan aplikasi untuk semakan status senaraihitam, semakan keputusan ujian memandu, semakan saman dan banyak lagi. Untuk pengetahuan, pemandu yang tamat cukai jalan boleh dikenakan saman kompaun sebanyak RM300, manakala RM300 bagi kesalahan memandu insurans tamat tempoh. Oleh itu untuk mengelakkan daripada saman pemandu diingatkan untuk memperbaharui roadtax dan insurans pada waktu sepatutnya iaitu sebelum tarikh tamat tempoh.

Semakan Tarikh Tamat Roadtax Dan Insurans Kenderaan Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan insurans dan tarikh tamat roadtax JPJ termasuk memaparkan aplikasi online dan cara renew :

Cara Semak Roadtax dan Insurans Online

1. Untuk semakan sila layari ke laman web rasmi JPJ https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-tarikh-luput-lesen

2. Pengguna dikehendaki untuk memilih kategori ID seperti berikut ;

  • Penduduk Tetap Malaysia (PTM)
  • Orang Awam Malaysia (MyKad)
  • Anggota Polis (POL)
  • Anggota Tentera (TEN)
  • Syarikat / Pertubuhan
  • Bukan Warganegara Malaysia (LLN)

3. Masukkan No. ID serta No. Pendaftaran Kenderaan.

4. Seterusnya, masukkan No. Kod Sekuriti sepertimana yang diberikan.

5. Klik pada butang ‘SEMAK‘ dan maklumat anda akan dipaparkan di screen.

NOTA:

i. Sila pilih Kategori ID dan masukkan Nombor ID DAN Nombor Pendaftaran Kenderaan anda.

ii. (Contoh Format Nombor ID Orang Awam Malaysia – MyKAD : 801121141234 atau KP Lama : A1234567).

Cara Renew Roadtax Dan Insurans Kenderaan

Untuk memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) anda boleh mengemukakan insurans yang telah diperbaharui dan kadar bayaran mengikut jenis kenderaan. Permohonan boleh dibuat melalui portal JPJ atau cawangan JPJ, UTC, Kaunter 1JPJ, kiosk eKhidmat dan rangkaian Pejabat Pos Malaysia Berhad (PMB).

BACA JUGA : Harga Lesen Memandu Kenderaan & Motosikal Terkini 2021

Leave a Reply