Maksud Status Dalam Proses BPN Daripada Permohonan Diterima

Maksud Status Dalam Proses BPN Daripada Permohonan Diterima. Panduan buat pemohon baharu atau rayuan yang membuat permohonan Bantuan Prihatin Nasional. Jadi persoalan buat pemohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tentang status permohonan BPN yang memaparkan “DALAM PROSES” selepas status ‘PERMOHONAN DITERIMA’ dipaparkan. Untuk makluman, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) telah mengemaskini status BPN terkini daripada ‘Permohonan Diterima’ kepada ‘Dalam Proses’. Anda perlu login di Portal BPN dan masukkan nombor kad pengenalan untuk semakan status BPN.

Maksud Status Dalam Proses BPN Daripada Permohonan Diterima

Maksud Status Dalam Proses BPN Daripada Permohonan Diterima

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang status permohonan Bantuan Prihatin Nasional termasuk memaparkan aplikasi online :

Apa Maksud Status ‘Dalam Proses’ BPN?

Sekiranya permohonan BPN anda sedang diproses pada laman portal Bantuan Prihatin Nasional, maka akan dipaparkan status ‘Dalam Proses’. Ianya bermaksud permohonan anda sedang dalam proses semakan kelayakan oleh pihak LHDN sama ada LULUS atau GAGAL.

CONTOH SITUASI

Siti melayari laman portal Bantuan Prihatin Nasional pada 1 April 2020. Dia telah menyemak status kelulusan Bantuan Prihatin Nasional namun tiada rekod dipaparkan. Maka beliau telah mendaftar permohonan baru dengan mengisi maklumat yang diperlukan dan permohonan tersebut diterima oleh LHDN. Pihak LHDN pula menerima permohonan tersebut dan memberi paparan status ‘Permohonan Diterima’. Selepas beberapa hari, Siti mendapati status telah bertukar kepada ‘Dalam Proses ‘. Siti hanya perlu bertenang dan menunggu makluman tentang semakan kelulusan BPN selepas permohonan baharu atau rayuan BPN ditutup selepas 30 April 2020. Sekiranya lulus permohonan, maka Siti akan mendapat BPN pada bulan Mei 2020.

Artikel Berkaitan : Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Nasional Fasa Kedua

Semakan Kelulusan Permohonan Bantuan Prihatin Nasional

Bagi kategori permohonan baru BPN yang berstatus permohonan diterima, anda boleh menyemak status kelulusan BPN pada bulan Mei 2020. Anda boleh layari ke portal BPN https://bpn.hasil.gov.my/.

Permohonan Baharu dan Rayuan BPN

Seandainya anda layak menerima Bantuan Prihatin Nasional tetapi masih belum membuat permohonan baru atau rayuan, sila terus layari ke laman portal BPN bermula 1 April hingga 30 April 2020.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Kementerian Kewangan atau LHDNM di talian berikut:

  • Kementerian Kewangan : 03-8882 9089/ 03-8882 9087 /03-8882 9191/03-8882 4565/03-8882 4566
  • LHDNM : 1-800 882 747 / 03-8911 1000
  • Waktu operasi dari jam 9 pagi – 5 petang (Ahad – Jumaat).

BACA JUGA : Permohonan Baharu dan Rayuan BPN Bagi Status Tidak Lulus

3 Comments

  1. Fatimah Nur Binti Ahmad rami May 3, 2020
  2. Mohamad Rashid b Omar August 2, 2020
  3. AMIR SHAH HASYIM December 2, 2020

Leave a Reply