Semakan Penerimaan Bayaran Bantuan Prihatin Nasional (Check Status BPN). Perhatian buat rakyat Malaysia yang menerima Bantuan Prihatin Nasional Fasa 2. Untuk makluman, kerajaan Perikatan Nasional telah mengumumkan tarikh bayaran Bantuan Prihatin Nasional fasa kedua kepada golongan berpendapatan rendah B40 dan M40 termasuk bujang. Pada fasa pertama, bagi penerima yang layak telah menerima Bantuan Prihatin Nasional pada bulan April lalu. Menurut FAQ BPN terkini, Prihatin Nasional (BPN) fasa kedua akan mula dikreditkan ke akaun bank mulai 4 Mei 2020 bagi kategori B40 manakala M40 pula bermula daripada 13 Mei 2020. Pembayaran akan diagihkan secara berperingkat ke akaun bank masing-masing.
Menurut kenyataan daripada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, sehingga 29 April 2020, hampir 2 juta permohonan baharu dan rayuan telah diluluskan membabitkan jumlah sebanyak RM1.5 bilion. Pembayaran fasa kedua BPN bernilai RM3.7 bilion sudah dilaksanakan sejak 4 Mei 2020 secara berperingkat kepada 8.3 juta penerima B40 dan M40 yang diluluskan sebelum ini. Selain itu, kerajaan turut mengagihkan bayaran i-Lestari KWSP kepada yang lulus permohonan mulai 4 Mei 2020.
Semakan Penerimaan Bayaran Bantuan Prihatin Nasional (Check Status BPN)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Prihatin Nasional termasuk memaparkan tarikh bayaran dan semakan status :
Tarikh dan Jumlah Bayaran BPN
Bagi sesi keluarga akan menerima baki bayaran Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM600 atau RM500 manakala golongan bujang pula akan menerima RM300 atau RM250. Berikut adalah tarikh bayaran BPN iaitu :
- B40: 4 Mei hingga 13 Mei 2020
- M40: 13 Mei hingga 15 Mei 2020
Bagi permohonan baharu dan rayuan Bantuan Prihatin Nasional akan menerima bayaran BPN secara sekaligus mulai 15 Mei sehingga 20 Mei 2020.
Artikel Berkaitan : Cara Semak Duit Masuk i-Lestari KWSP
Sebab Permohonan Bantuan Prihatin Nasional Tidak Layak
Berikut adalah alasan atau sebab permohonan Bantuan Prihatin Nasional anda tidak layak untuk menerima fasa kedua :
- Duplikasi permohonan : Permohonan suami dan isteri telah diluluskan secara berasingan.
- Pemohon / pasangan mempunyai syarikat : Semakan mendapati pemohon / pasangan mempunyai syarikat berdasarkan data agensi (SSM). Walau bagaimanapun, pemohon boleh memohon Geran Khas Prihatin (GKP) melalui https://gkp.hasil.gov.my jika berkelayakan.
- Pendapatan melebihi kelayakan : Semakan data agensi mendapati pendapatan Bujang atau Isi Rumah melebihi kelayakan.
- Menetap luar negara : Pemohon berada di luar negara
Cara Terima Bayaran Bantuan Prihatin Nasional
Bagi anda yang mempunyai akaun bank akan terus dimasukkan ke akaun masing-masing. Manakala yang tidak memiliki akaun bank, anda boleh perlu menyemak nombor siri BPN untuk menunaikan Bantuan Prihatin Nasional di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
Cara Semak Status Bantuan Prihatin Nasional Online
- Semakan status BPN boleh disemak secara online di portal BPN https://bpn.hasil.gov.my/SemakanStatusBPN.aspx.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor MyKad yang didaftarkan.
- Tekan butang Cari.
- Akan dipaparkan status sama ada lulus atau gagal termasuk jumlah bayaran diterima.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di talian :
- No. Tel Kementerian Kewangan Malaysia : 03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 03-8882 9191 / 03-8882 4565/ 03-8882 4566
- Emel : bsh@treasury.gov.my / pre2020@treasury.gov.my
BACA JUGA : Semakan Status Permohonan Gerak Malaysia Untuk Pergerakan Rentas Negeri