Semakan BPN Fasa 2 Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 4 Mei 2020

Semakan BPN Fasa 2 Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 4 Mei 2020. Bilakah tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Nasional Fasa 2?Kerajaan telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional kepada golongan berpendapatan rendah B40 dan M40. Bagi rakyat Malaysia yang layak telah menerima Bantuan Prihatin Nasional Fasa 1 pada bulan April 2020. Manakala, fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional (BPN) pula bayaran akan mula diagihkan pada 4 Mei 2020 mengikut kategori B40 dan M40. Pembayaran akan diberikan secara berperingkat. Anda boleh menyemak BPN Fasa 2 secara atas talian melalui laman web rasmi BPN.

Semakan BPN Fasa 2 Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 4 Mei 2020

Semakan BPN Fasa 2 Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 4 Mei 2020

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Prihatin Nasional Fasa 2 termasuk memaparkan tarikh, jumlah bayaran dan aplikasi semakan :

Tarikh dan Jumlah Pembayaran BPN Fasa 2

Tarikh pembayaran dan semakan BPN Fasa Kedua akan bermula 4 Mei 2020 iaitu pada hari Isnin. Bagi pengguna KWSP turut akan menerima wang pengeluaran i-Lestari KWSP pada tarikh sama BPN Fasa 2.

Bagi sesi keluarga akan menerima baki bayaran sebanyak RM600 atau RM500 manakala golongan bujang menerima RM300 atau RM250.

  • B40: 4 Mei hingga 13 Mei 2020
  • M40: 13 Mei hingga 15 Mei 2020
Semakan BPN Fasa 2 Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 4 Mei 2020

Artikel Berkaitan : Tarikh Pembayaran Permohonan Baharu Dan Rayuan BPN

Cara Terima Bayaran Bantuan Prihatin Nasional

Bagi anda yang mempunyai akaun bank akan terus dimasukkan ke akaun masing-masing. Manakala yang tidak memiliki akaun bank, anda boleh perlu menyemak nombor siri BPN untuk menunaikan Bantuan Prihatin Nasional di kaunter Bank Simpanan Nasional.

Cara Semak Status BPN Fasa 2 Online

1. Semakan status boleh disemak secara online di laman portal rasmi BPN https://bpn.hasil.gov.my/SemakanStatusBPN.aspx.

2. Selepas klik, anda akan berada di bahagian Semakan Status.

3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor MyKad yang didaftarkan.

4. Tekan butang Cari.

Nota : Sebelum hadir ke bank, anda disarankan semak status permohonan BPN dahulu sama ada lulus atau masih dalam proses permohonan.

Sebab Status Permohonan BPN Tidak Layak

Artikel Berkaitan : Maksud Status Dalam Proses BPN

Soalan Lazim Bantuan Prihatin Nasional

1. Sekiranya semakan semula permohonan BPN saya adalah TIDAK LAYAK, bagaimanakah status pembayaran fasa pertama saya?

Anda hanya tidak layak menerima pembayaran fasa kedua. Sekiranya pembayaran fasa pertama belum ditunaikan, penunaian boleh dilakukan di kaunter Bank Simpanan Nasional selewat-lewatnya 31 Disember 2020.

2. Saya berstatus bujang tetapi mempunyai perniagaan pemilikan tunggal. Berapakah kelayakan BPN saya?

Jika aanda berstatus bujang dan tiada sumber pendapatan pengajian tetapi mempunyai perniagaan pemilikan tunggal sahaja, kelayakan BPN anda adalah sebanyak RM500.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi nombor telefon di bawah.

  • Nombor telefon Kementerian Kewangan Malaysia : 03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 03-8882 9191 / 03-8882 4565/ 03-8882 4566
  • Emel : bsh@treasury.gov.my / pre2020@treasury.gov.my

BACA JUGA : Permohonan Baharu Dan Rayuan BPN Bagi Status Gagal

Leave a Reply