Semakan Status Permohonan Gerak Malaysia Untuk Pergerakan Rentas Negeri. Bilakah tarikh semakan status kelulusan permit Gerak Malaysia? Perhatian buat anda yang membuat permohonan rentas negeri untuk perjalanan balik dari kampung ke rumah. Untuk makluman, semakan status Gerak Malaysia boleh dibuat secara online mulai 1 Mei 2020. Sebelum itu pastikan anda membuat kemaskini di Aplikasi Gerak Malaysia untuk mengelak kesilapan semasa anda mengisi bahagian Residential Address.
Semakan Status Permohonan Gerak Malaysia Untuk Pergerakan Rentas Negeri
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Gerak Malaysia termasuk memaparkan tarikh pergerakan, cara kemaskini dan aplikasi semakan :
Apa Aplikasi Gerak Malaysia?
Gerak Malaysia iaitu aplikasi pergerakan rentas negeri telah diperkenalkan bagi memantau pergerakan rakyat Malaysia. Kerajaan telah mengiktiraf penggunaan aplikasi Gerak Malaysia dan mengalakkan rakyat yang ingin pulang ke ibu kota untuk mendaftar diri menggunakan aplikasi Gerak Malaysia mulai 26 April 2020.
Tarikh dan Jadual Perjalanan Semasa PKP
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan kenyataan di mana pemohon Gerak Malaysia perlu mengikut jadual yang telah ditetapkan bagi negeri masing-masing:
1 Mei 2020
Dibenarkan hanya untuk pemohon dari negeri:
- Perak
- Johor
- Kelantan
2 Mei 2020
Dibenarkan hanya untuk pemohon dari negeri:
- Perlis
- Kedah
- Pulau Pinang
- Melaka
- Pahang
3 Mei 2020
Dibenarkan hanya untuk pemohon dari negeri:
- Selangor
- Kuala Lumpur
- Negeri Sembilan
- Terengganu
Cara Semak Residential Address Gerak Malaysia
1. Sila semak maklumat Residential Address yang anda masukkan sebelum ini.
2. Bagi anda tersilap mengisi diruangan Residential Address, anda perlu kemaskini dengan mengisi maklumat alamat tempat tinggal yang terkandas.
Cara Semak Status Gerak Malaysia
1. Pastikan anda muat turun Aplikasi Gerak Malaysia samada melalui Google Play, App Store dan App Gallery.
2. Klik ikon Gerak Malaysia dalam telefon bimbit anda.
3. Anda kini sudah di bahagian hadapan aplikasi Gerak Malaysia.
4. Status permohonan akan dipaparkan di screen telefon atau komputer anda.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila emelkan di alamat seperti berikut:
- info@gerakmalaysia.gov.my
- feedback@gerakmalaysia.gov.my
- maklumbalas@gerakmalaysia.gov.my
- aduan@gerakmalaysia.gov.my
- complaint@gerakmalaysia.gov.my