Semakan Baki Akaun 1 KWSP Untuk Pengeluaran i-Sinar Online. Berita baik buat pencarum KWSP yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan, cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan. Untuk makluman, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersetuju untuk membolehkan ahli membuat pengeluaran akaun 1 KWSP yang dikenali sebagai i-Sinar. Permohonan ini boleh dibuat secara online bermula pada 1 Disember 2020 menerusi laman web i-Sinar. Sebelum itu, Ahli perlu membuat semakan penyata, baki dan transaksi untuk pengeluaran KWSP akaun pertama.

Kini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja menyediakan satu portal online iaitu i-Akaun untuk memudahkan Ahli menyemak penyata, baki dan status pengeluaran KWSP secara dalam talian. Bagi anda yang nak daftar i-Akaun boleh dibuat menerusi emel atau hadir ke kiosk KWSP berdekatan. Sebelum ini, KWSP memperkenalkan satu skim i-Lestari untuk pengeluaran akaun kedua bagi mengurangkan beban ekonomi susulan Covid-19.
Semakan Baki Akaun 1 KWSP Untuk Pengeluaran i-Sinar Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang i-Akaun KWSP termasuk memaparkan semakan penyata, baki dan transaksi pengeluaran i-Lestari :
Apa Itu i-Akaun KWSP
I-Akaun KWSP adalah satu portal online yang dibangunkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk memudahkan pencarum KWSP menyemak status pengeluaran, semakan penyata dan baki menerusi online. Selain itu, anda juga boleh menggunakan i-Akaun KWSP menerusi aplikasi mobile yang boleh dimuat turun di Apple App dan Google Play Store.
Cara Daftar i-Akaun KWSP
Berikut adalah langkah-langkah untuk semak penyata dan baki KWSP menerusi i-Akaun. Sebelum itu anda perlu membuat pendaftaran i-Akaun boleh rujuk langkah-langkah di bawah :
A. Pendaftaran Dan Pengaktifan i-Akaun KWSP
Anda perlu membuat pendaftaran dan pengaktifan i-Akaun KWSP sama ada menerusi emel, ke kaunter KWSP dan Kiosk KWSP berdekatan.
B. Log Masuk i-Akaun
- Untuk log masuk i-Akaun boleh layari menerusi portal KWSP https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login.
- Taipkan ‘Kod Pengaktifan’ yang diterima dalam ruangan USER ID. Peringatan pengaktifan perlu dibuat dalam masa 30 hari selepas diterima.
- Seterusnya, masukkan ‘Kata Laluan Sementara’ dan klik pada butang ‘Login’.
- Apabila pengaktifan selesai dan menerima notifikasi berjaya, anda boleh log masuk dengan ID baru.
- Sekarang anda boleh buat semakan penyata dan baki KWSP.
C. Semakan Penyata
- Log in akaun menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang disahkan.
- Klik pada ‘Akaun Peribadi’ dan pilih tahun pada ruangan ‘Lihat Penyata Bagi Tahun’.
- Klik pada butang ‘Cari’ dan maklumat penyata akan dipaparkan.
- Anda boleh memilih untuk mencetak atau memuat turun penyata tersebut.

Kemudahan i-Akaun KWSP
Antara kemudahan dan kelebihan dalam sistem i-Akaun antaranya seperti berikut :
- Memohon e-Pengeluaran
- Menyemak Penyata KWSP tahun ini dan seberikutnya
- Menyemak status pengeluaran
- Menyemak transaksi caruman
- Mengemaskini profil
- Menyemak log aktiviti i-Akaun

Untuk makluman lanjut, sila layari ke laman web www.epf.gov.my atau emel ke ilestari@epf.gov.my.
BACA JUGA : Jadual Bayaran Duit i-Lestari KWSP Untuk November 2020