Cara Semak Duit Masuk i-Lestari KWSP Secara Online. Nak semak status Pengeluaran i-Lestari KWSP? Panduan buat anda yang telah membuat permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP. Untuk makluman, kini anda boleh membuat semakan status i-Lestari KWSP secara atas talian (online) melalui Portal i-Lestari Online. Pengagihan wang pengeluaran i-Lestari KWSP akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing mulai 4 Mei hingga 18 Mei 2020. Anda diingatkan masa dikreditkan ke akaun lebih lama kerana melibatkan banyak transaksi dijalankan dalam hari yang sama.
Cara Semak Duit Masuk i-Lestari KWSP Secara Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pengeluaran i-Lestari KWSP Akaun Kedua termasuk memaparkan tarikh bayaran dan aplikasi semakan :
Tarikh Bayaran : 4 Mei – 18 Mei 2020
Apa Itu Pengeluaran i-Lestari KWSP?
Pengeluaran i-Lestari bagi Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan satu kemudahan kewangan yang disediakan oleh kerajaan dalam usaha membantu mengurangkan tekanan kewangan rakyat Malaysia ekoran penularan wabak Covid-19.
Tarikh dan Jumlah Bayaran Pengeluaran i-Lestari KWSP
Pembayaran Pengeluaran i-Lestari akan dibuat bermula daripada 4 Mei sehingga 18 Mei 2020 dan dikreditkan ke akaun bank masing-masing. Amaun Pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan adalah minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat.
Nota : Bayaran pengeluaran akan dimajukan ke bank pilihan anda pada mulai 4 Mei sehingga 18 Mei 2020 secara berperingkat. Sekiranya akaun bank anda tidak aktif atau dibekukan, sila berhubung terus dengan pihak bank untuk maklumat lanjut.
Cara Semak Status Pengeluaran I-Lestari KWSP
- Anda boleh menyemak status permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP secara online di laman portal i-Lestari Online.
- Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit untuk semakan.
- Klik pada ‘saya bukan robot’ dan klik butang ‘SEMAK’.
- Status permohonan akan dipaparkan sama ada LULUS atau GAGAL.
Nota : Semak akaun dan nama bank yang didaftarkan supaya anda boleh membuat semakan baki pada 4 Mei 2020 selepas pembayaran dibuat oleh KWSP.
Artikel Berkaitan : Semakan Bayaran Bantuan Prihatin Nasional Fasa 2
Cara Semakan Duit I-Lestari Masuk Ke Akaun
A. Anda boleh semak melalui i-Akaun bagi yang mendaftar melalui i-Akaun.
B. Bagi anda yang guna sistem i-Lestari Online pula boleh disemak di portal tersebut dan akan dipaparkan tarikh bayaran anda.
C. Bagi anda yang telah dikreditkan ke akaun bank akan dimaklumkan dengan penghantaran SMS daripada PIHAK KWSP.
Untuk keterangan lanjut sila layari ke laman web https://www.kwsp.gov.my/ms/faq-i-lestari
BACA JUGA : Tarikh Bayaran Pengeluaran i-Lestari KWSP
Mula2 sy Chek status ,4mei akan bermula .semalam Chek blk,ckp 5mei.bila hr ni Chek tau APA tulis? 19mei plak..ni bkn sy nak pinjam Dr kwsp,tp nak duit sy.xkan lay nak duit saya pun kena main sampai mcm tu sekali .maklumlah keadaan sekarang dkt 2bln xkijer..
Semalam bila masuk ke web kwsp dgn Megah post duit dah mula masuk ke acc masing2,.poyolah korang buat kijer.sy pun faham kalau Ada kelewatan,tp agak2 LA 4mei trus ke 19mei.nape mula2 mohon xtulis je 19mei?xlah benggang sgt
Status kwsp lulus tulis duit masuk 19mei talk cek DLM acc 19 mei belum masuk lagi