Kenapa BPN Fasa 1 Lulus Tetapi Fasa 2 Gagal, Ini Alasannya!

Kenapa BPN Fasa 1 Lulus Tetapi Fasa 2 Gagal, Ini Alasannya! Kenapa Bantuan Prihatin Nasional Fasa 2 tidak layak? Perhatian buat anda bakal menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tahun 2020. Untuk makluman menerusi kenyataan daripada Menteri Kewangan Malaysia, pembayaran Bantuan Prihatin Nasional Fasa Kedua akan dikreditkan ke akaun bank mulai 4 Mei 2020 mengikut kategori masing-masing. Namun, terdapat juga yang permohonan berstatus lulus dan layak bayaran fasa pertama. Tetapi, semakan semula status BPN dibuat di Portal BPN mendapati status BPN telah bertukar kepada tidak layak. Ini antara alasan Bantuan Prihatin Nasional tidak layak.

Kenapa BPN Fasa 1 Lulus Tetapi Fasa 2 Gagal, Ini Alasannya!

Bagi anda yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional Fasa Pertama tetapi tidak layak fasa kedua, anda boleh menerima BPN dengan membuat penunaian di Kaunter BSN sebelum 31 Disember 2020.

Kenapa BPN Fasa 1 Lulus Tetapi Fasa 2 Gagal, Ini Alasannya!

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Prihatin Nasional termasuk memaparkan alasan/ sebab permohonan BPN fasa 2 gagal :

Sebab Permohonan BPN Fasa 1 Lulus Fasa 2 Gagal

Semakan semula status BPN telah bertukar kepada Tidak Layak disebabkan alasan berikut:

  • Duplikasi permohonan : Permohonan suami dan isteri telah diluluskan secara berasingan.
  • Pemohon/ pasangan mempunyai syarikat : Semakan mendapati pemohon atau pasangan mempunyai syarikat berdasarkan data agensi (SSM). Walau bagaimanapun, pemohon boleh memohon Geran Khas Prihatin (GKP) melalui https://gkp.hasil.gov.my jika berkelayakan.
  • Pendapatan melebihi kelayakan : Semakan data agensi mendapati pendapatan Bujang atau Isi Rumah melebihi kelayakan.
  • Menetap luar negara : Pemohon berada di luar negara
Kenapa BPN Fasa 1 Lulus Tetapi Fasa 2 Gagal, Ini Alasannya!

Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional Online

1. Semakan status BPN Fasa 2 boleh disemak secara online di portal BPN https://bpn.hasil.gov.my/SemakanStatusBPN.aspx.

2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor MyKad yang didaftarkan.

3. Tekan butang Cari.

4. Akan dipaparkan status sama ada lulus atau gagal termasuk jumlah bayaran diterima.

Nota : Sekiranya permohonan BPN fasa pertama anda layak tetapi fasa kedua tidak diluluskan. Anda hanya tidak layak untuk menerima pembayaran fasa kedua. Sekiranya pembayaran fasa pertama belum ditunaikan, penunaian boleh dilakukan di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) selewat-lewatnya pada 31 Disember 2020.

Artikel Berkaitan : Cara Semak Duit Masuk i-Lestari KWSP

Soalan Lazim Bantuan Prihatin Nasional (FAQ)

1. Saya berstatus bujang tetapi mempunyai perniagaan pemilikan tunggal. Berapakah kelayakan BPN saya?

Jika anda bertatus bujang dan tiada sumber pendapatan penggajian tetapi mempunyai perniagaan pemilikan tunggal sahaja, kelayakan BPN anda adalah sebanyak RM500.

2. Saya merupakan penerima Bantuan Prihatin Nasional M40 yang belum menerima bayaran dan ingin membuat kemaskini maklumat akaun bank di e-Kemaskini. Walau bagaimanapun, saya gagal untuk mendapatkan No Pin e-Filing. Bagaimanakah kaedah pembayaran BPN saya?

Bagi penerima BPN yang tidak mempunyai akaun bank atau gagal mengemaskini atau gagal kredit ke akaun yang didaftarkan, pembayaran akan dibuat secara penunaian di kaunter BSN mulai 15 Mei 2020 berdasarkan Nombor Siri yang dipaparkan di Portal BPN.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di talian :

  • No. Tel Kementerian Kewangan Malaysia : 03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 03-8882 9191 / 03-8882 4565/ 03-8882 4566
  • Emel : bsh@treasury.gov.my/ pre2020@treasury.gov.my

BACA JUGA : Semakan Status Permohonan Gerak Malaysia Untuk Pergerakan Rentas Negeri

Leave a Reply