Tarikh Pembayaran Pengeluaran i-Lestari KWSP Mulai 4 Mei 2020 (Check Status). Anda dah semak status Pengeluaran i-Lestari KWSP? Panduan buat anda yang telah membuat permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP untuk akaun kedua. Untuk makluman, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bayaran Pengeluaran i-Lestari KWSP yang diluluskan akan dikreditkan ke dalam akaun bank ahli bermula 4 Mei sehingga 18 Mei 2020. Ahli akan dimaklumkan melalui kemudahan i-Lestari Online sejurus selepas bayaran dikreditkan ke dalam akaun bank sekiranya akaun mereka adalah aktif dan tidak dibekukan.

Untuk mengetahui status permohonan sama ada lulus atau gagal, anda boleh menyemak status i-Lestari KWSP secara atas talian (online) melalui Portal i-Lestari Online. Bagi anda yang status lulus akan mengeluarkan pengeluaran i-Lestari KWSP bermula daripada RM50 sehingga RM500 sebulan selama 12 bulan.
Tarikh Pembayaran Pengeluaran i-Lestari KWSP Mulai 4 Mei 2020 (Check Status)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pengeluaran i-Lestari KWSP termasuk memaparkan tarikh dan jumlah bayaran serta cara semakan :
Tarikh Pembayaran : Mulai 4 Mei 2020
Apa Itu Pengeluaran i-Lestari KWSP?
Pengeluaran i-Lestari bagi Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan satu kemudahan kewangan yang disediakan oleh kerajaan dalam usaha membantu mengurangkan tekanan kewangan rakyat Malaysia ekoran penularan wabak Covid-19.
Tarikh dan Jumlah Bayaran Pengeluaran i-Lestari KWSP
Pembayaran Pengeluaran i-Lestari akan dibuat bermula daripada 4 Mei sehingga 18 Mei 2020 dan dikreditkan ke akaun bank masing-masing. Amaun Pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan adalah minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat.

Nota : Bayaran pengeluaran akan dimajukan ke bank pilihan anda pada mulai 4 Mei sehingga 18 Mei 2020 secara berperingkat. Sekiranya akaun bank anda tidak aktif atau dibekukan, sila berhubung terus dengan pihak bank untuk maklumat lanjut.
Cara Semak Status Pengeluaran I-Lestari KWSP
1. Anda boleh menyemak status permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP secara online di laman portal i-Lestari Online untuk mengetahui status LULUS atau GAGAL permohonan yang dilakukan.
2. Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit untuk semakan.
3. Klik pada ‘saya bukan robot’ dan klik butang ‘SEMAK’.
4. Status permohonan akan dipaparkan sama ada LULUS atau GAGAL.
Artikel Berkaitan : Semakan Status Pengeluaran i-Lestari Secara Online
Kaedah Bayaran Pengeluaran i-Lestari KWSP
Semak akaun dan nama bank yang didaftarkan supaya anda boleh membuat semakan baki pada 4 Mei 2020 selepas pembayaran dibuat oleh KWSP.
Untuk keterangan lanjut sila layari ke laman web https://www.kwsp.gov.my/ms/faq-i-lestari
BACA JUGA : Semakan BPN Fasa 2 Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional