Semakan Kelulusan BPN Bagi Permohonan Baru Dan Rayuan Mulai 9 Mei 2020. Perhatian kepada anda yang membuat permohonan baharu dan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tahun 2020. Untuk makluman, bagi anda yang telah membuat permohonan baru dan rayuan BPN boleh menyemak kelulusan status mulai 9 Mei 2020. Menurut FAQ BPN, pembayaran bagi permohonan baru dan rayuan BPN akan dikreditkan sekaligus bermula daripada 15 Mei sehingga 20 Mei 2020 secara berperingkat. Sebelum itu, anda perlu menyemak status BPN secara atas talian (online) melalui laman web BPN.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan seramai 2.3 juta permohonan baharu dan rayuan Bantuan Prihatin Nasional yang telah diluluskan membabitkan jumlah sebanyak RM1.7 bilion. Bagi anda yang status tidak lulus atau tidak layak dalam permohonan baharu atau rayuan BPN ini tidak boleh lagi membuat rayuan kerana keputusan adalah muktamad.
Semakan Kelulusan BPN Bagi Permohonan Baru Dan Rayuan Mulai 9 Mei 2020
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Prihatin Nasional bagi permohonan baharu dan rayuan termasuk memaparkan tarikh, jumlah bayaran dan aplikasi semakan :
Tarikh Semakan : Mulai 9 Mei 2020
Maksud Status Permohonan Bantuan Prihatin Nasional
Status ‘DALAM PROSES’ atau ‘DALAM PROSES RAYUAN’ adalah merujuk kepada permohonan baharu atau rayuan BPN yang telah diterima dan sedang dalam proses semakan bagi menentukan kelayakan.
Tarikh dan Bayaran BPN Bagi Permohonan Baru Dan Rayuan
Tarikh pembayaran dan semakan BPN Fasa Kedua akan bermula 4 Mei 2020 iaitu pada hari Isnin. Manakala, bagi permohonan baharu dan rayuan Bantuan Prihatin Nasional akan dikreditkan secara berperingkat mulai 15 Mei hingga 20 Mei 2020.
- B40/ Bujang: 4 Mei hingga 13 Mei 2020
- M40: 13 Mei hingga 15 Mei 2020
- Baharu/ Rayuan: 15 Mei hingga 20 Mei 2020
Sekiranya paparan di Portal BPN menunjukkan Tiada Akaun atau status pengkreditan adalah Gagal Kredit, pembayaran akan dilakukan secara penunaian di Kaunter Bank Simpanan Nasional sahaja. Penunaian boleh dibuat dengan membawa MyKad dan Nombor Siri yang dipaparkan pada Maklumat Pembayaran di Portal BPN.
Artikel Berkaitan : Kenapa BPN Fasa 1 Lulus Tetapi Fasa 2 Gagal, Ini Alasannya!
Cara Bayaran Bantuan Prihatin Nasional
Bagi anda yang mempunyai akaun bank akan terus dimasukkan ke akaun masing-masing. Manakala yang tidak memiliki akaun bank, anda boleh perlu menyemak nombor siri BPN untuk menunaikan Bantuan Prihatin Nasional di kaunter Bank Simpanan Nasional.
Nak Tahu Lagi 👉 Cara Penunaian Bantuan Prihatin Nasional Di Kaunter BSN
Cara Semak Status Bantuan Prihatin Nasional Online
- Semakan status boleh disemak secara online di laman portal rasmi BPN https://bpn.hasil.gov.my/
- Selepas klik, anda akan berada di bahagian Semakan Status.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor MyKad yang didaftarkan.
- Tekan butang Cari.
Nota : Sebelum hadir ke bank, anda disarankan semak status permohonan BPN dahulu sama ada lulus atau masih dalam proses permohonan.
Sebab Permohonan BPN Berstatus Tidak Lulus
Keputusan yang dipaparkan adalah muktamad dan kekal. Semakan kelulusan di kategori kan sebagai Tidak Lulus berdasarkan beberapa alasan berikut :
Bil | Alasan Tidak Lulus |
1. | Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan had umur pemohon. |
2. | Semakan rekod agensi mendapati pendapatan pemohon atau pasangan melebihi RM8,000 |
3. | Semakan rekod agensi mendapati pendapatan pemohon melebihi RM4,000 |
4. | Semakan mendapati pemohon merupakan pelajar |
5. | Tidak layak kerana pemohon atau pasangan mempunyai syarikat berdasarkan data agensi SSM. Walau bagaimanapun pemohon boleh memohon Geran Khas Prihatin melalui Portal GKP jika berkelayakan. |
6. | Status kahwin dengan maklumat yang sama. |
Artikel Berkaitan : Cara Mohon Geran Khas PRIHATIN RM3000 Bagi Berdaftar LHDN/SSM
Soalan Lazim Bantuan Prihatin Nasional
1. Adakah saya boleh mengemukakan rayuan sekiranya permohonan saya berstatus ‘Tidak Lulus’?
Tidak. Kelulusan yang dipaparkan di Portal BPN adalah kekal dan muktamad. Buat masa ini, rayuan ke atas permohonan BPN yang berstatus Tidak Lulus belum diputuskan oleh kerajaan.
2. Saya tidak berjaya membuat permohonan baharu atau rayuan BPN. Adakah saya masih berpeluang membuat permohonan?
Tidak permohonan BPN telah berakhir pada 30 April 2020 dan tiada lanjutan tarikh permohonan.
3. Saya telah lulus permohonan baharu, walau bagaimanapun akaun yang didaftarkan adalah tidak aktif. Bagaimanakah status bayaran BPN saya?
Bagi pemohon yang ada melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan baharu atau rayuan BPN, tetapi proses pengkreditan berstatus Gagal Kredit ke akaun tersebut, tarikh penunaian bagi tuntutan bayaran BPN berkenaan akan dimaklumkan kelak.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi nombor telefon di bawah.
- Nombor telefon Kementerian Kewangan Malaysia : 03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 03-8882 9191 / 03-8882 4565/ 03-8882 4566
- Emel : bsh@treasury.gov.my/ pre2020@treasury.gov.m
BACA JUGA : Permohonan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0 Kepada Isi Rumah & Bujang RM500
bantuan bersalin