Tarikh Pembayaran Permohonan Baharu Dan Rayuan BPN Mulai 15 Mei 2020

Tarikh Pembayaran Permohonan Baharu Dan Rayuan BPN Mulai 15 Mei 2020. Bilakah tarikh bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2020 bagi permohonan baharu dan rayuan? Perhatian buat anda golongan B40 dan M40 yang membuat permohonan baharu dan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Untuk makluman menerusi FAQ LHDN, pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2020 bagi permohonan baharu dan rayuan akan dibayar sekaligus mulai 15 Mei sehingga 20 Mei 2020. Manakala bayaran BPN bagi fasa kedua yang melibatkan isi rumah dan individu bujang akan dibuat bermula daripada 4 Mei 2020.

Tarikh Pembayaran Permohonan Baharu Dan Rayuan BPN Mulai 15 Mei 2020

Menurut Menteri Kewangan, sehingga 26 April 2020 seramai 3.26 permohonan baharu dan rayuan telah diterima melibatkan sebanyak 2.96 juta dan 305,000. Proses permohonan baharu dan rayuan Bantuan Prihatin Nasional akan ditutup pada 30 April 2020. Bagi anda yang mempunyai akaun bank bayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing. Manakala, tiada akaun pula akan ditunaikan di Bank Simpanan Nasional (BSN).

Tarikh Pembayaran Permohonan Baharu Dan Rayuan BPN Mulai 15 Mei 2020

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2020 bagi permohonan baharu dan rayuan termasuk fasa kedua :

Tarikh Bayaran : 15 Mei – 20 Mei 2020 (permohonan baharu & rayuan), 4 Mei – 13 Mei 2020 (B40), 13 Mei – 15 Mei 2020 (M40)

Tarikh Dan Jumlah Bayaran Bantuan Prihatin Nasional

Pembayaran fasa kedua dan permohonan baharu & rayuan secara pengkreditan terus ke akaun bank akan dibuat secara berperingkat seperti berikut :

  1. RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.
  2. RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.
  3. RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.
  4. RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan lebih RM2,000 dan hingga RM4,000.
Tarikh Pembayaran Permohonan Baharu Dan Rayuan BPN Mulai 15 Mei 2020

Nota : Pembayaran BPN bagi permohonan baharu dan rayuan Bantuan Prihatin Nasional akan dibayar sekaligus mulai 15 Mei sehingga 20 Mei 2020.

Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional Online

Semakan status BPN boleh dibuat secara online di laman web rasmi https://bsh.hasil.gov.my/.

Semakan semula status BPN telah bertukar kepada Tidak Layak disebabkan alasan berikut :

Tarikh Pembayaran Permohonan Baharu Dan Rayuan BPN Mulai 15 Mei 2020

Kaedah Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional

Berikut adalah kaedah pembayaran Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 dan M40 iaitu :

A. Ada Maklumat Akaun : Bayaran adalah secara kredit ke akaun

B. Jika Status Bayaran Adalah Gagal Kredit : Bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional

C. Tiada Akaun : Bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)

Sebarang pertanyaan lanjut tentang Bantuan Prihatin Nasional, sila hubungi di talian 03-88829089/ 03-88829087/ 03-88829191 atau LHDNM di talian 1-800-882747.

Leave a Reply