Permohonan Baharu dan Rayuan BPN Bagi Status Tidak Tersenarai/Tidak Lulus

Permohonan Baharu dan Rayuan BPN Bagi Status Tidak Tersenarai/Tidak Lulus. Anda layak terima BPN tapi tidak tersenarai nama? Panduan buat anda yang ingin membuat permohonan baharu dan rayuan Bantuan Prihatin Nasional. Untuk makluman, semua permohonan baharu dan rayuan bagi Bantuan Prihatin Nasional hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 30 April 2020 sepertimana yang diumumkam oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Menurut LHDN, bagi isi rumah mahupun individu bujang yang memenuhi kriteria yang ditetapkan tetapi tidak tersenarai atau tidak lulus BPN, mereka boleh memohon baharu dan rayuan menerusi portal BPN https://bpn.hasil.gov.my.

Permohonan Baharu dan Rayuan BPN Bagi Status Tidak Tersenarai/Tidak Lulus

Setiap permohonan baharu dan rayuan yang diterima akan mula diproses pada bulan Mei 2020. Bagi permohonan yang lulus, bayaran secara sekali gus juga akan dilakukan pada bulan Mei 2020.

Permohonan Baharu dan Rayuan BPN Bagi Status Tidak Tersenarai/Tidak Lulus

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Prihatin Nasional termasuk memaparkan cara permohonan baharu dan rayuan bagi B40 dan M40 :

Tarikh Permohonan : Sehingga 30 April 2020

Bantuan Prihatin Nasional merupakan bantuan tunai secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat khusus untuk meringankan beban kewangan golongan B40 dan M40 yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan wabak COVID-19.

Cara Permohonan Baharu dan Rayuan Bantuan Prihatin Nasional

Jika memenuhi kriteria tetapi tidak tersenarai, permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional untuk B40 dan M40 boleh dibuat mulai 1 April 2020 sehingga 30 April 2020 secara dalam talian di Portal Rasmi Bantuan Prihatin Nasional https://bpn.hasil.gov.my.

Pemohon tidak perlu mengemukakan bukti pendapatan. Kesemua permohonan akan disemak berdasarkan data agensi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Permohonan baharu dan rayuan akan diproses selepas tempoh permohonan ditutup.

Artikel Berkaitan : Status Lulus Tapi BPN Gagal Kredit Ke Akaun Bank, Ikuti Langkah Ini!

LHDN berkata pemohon boleh merujuk soalan lazim (FAQ) BPN yang dimuat naik pada portal rasmi BPN untuk mendapatkan maklumat lanjut atau klik pada capaian pantas https://bpn.hasil.gov.my/Download/Faq/BPN2020_(FAQ)_BantuanPrihatinNasional(Kemaskini%2017042020).pdf.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line (HCL) di 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara); HASiL Live Chat; borang maklum balas di portal rasmi LHDN atau melalui laman Facebook dan Twitter LHDN.

BACA JUGA : Cara Semak Duit Masuk Bantuan Prihatin Nasional

Leave a Reply