Cara Mohon Geran Khas PRIHATIN (GKP 4.0) Online Bagi PKS Mikro

Cara Mohon Geran Khas PRIHATIN (GKP 4.0) Online Bagi PKS Mikro. Berita baik buat peniaga PKS yang memerlukan bantuan akibat Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19. Untuk makluman menerusi perutusan PEMULIH, Perdana Malaysia mengumumkan satu bantuan khas iaitu Geran Khas PRIHATIN (GKP 4.0) kepada semua syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Mikro. Bagi pemohon yang berkelayakan boleh memohon GKP 4.0 secara online mulai bulan Julai 2021 melalui laman web www.gkp.hasil.gov.my. Manakala, bagi pemohon yang sedia ada akan menerima bayaran GKP 4.0 sebanyak RM1000 secara one-off bermula pada bulan September dan November 2021.

Cara Mohon Geran Khas PRIHATIN (GKP 4.0) Online Bagi PKS Mikro

Bantuan GKP ini akan memanfaatkan lebih 1 juta PKS Mikro di seluruh Malaysia. Selain daripada Geran Khas PRIHATIN, kerajaan turut mengumumkan Program Bantuan Majikan COVID-19 (e-CAP) dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.

Cara Mohon Geran Khas PRIHATIN (GKP 4.0) Online Bagi PKS Mikro

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Geran Khas PRIHATIN 4.0 termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : bulan Julai 2021

Apa Itu Geran Khas PRIHATIN?

Geran Khas PRIHATIN atau ringkasnya GKP 4.0 adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM1,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19.

Syarat Kelayakan Geran Khas Prihatin 4.0

Antara syarat-syarat kelayakan Geran Khas PRIHATIN 4.0 adalah seperti berikut :

1. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia.

2. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:

  • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
  • Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik;

3. Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

4. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

5. Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

KADAR NILAI GERAN KHAS PRIHATIN 4.0

Jumlah nilai Geran Khas PRIHATIN adalah RM1,000 yang akan dibayar secara one-off.

Cara Permohonan GKP 4.0 Online

Bagi anda yang berkelayakan boleh mohon secara dalam talian melalui Portal GKP https://gkp.hasil.gov.my. Permohonan secara manual tidak akan diterima.

Semakan Status Geran Khas Prihatin 4.0

Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan bermula pada bulan Ogos 2021.

Cara Bayaran Geran Khas PRIHATIN

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak. Akaun bank mestilah aktif.

Soalan Lazim Geran Khas PRIHATIN

Saya berdaftar dengan agensi kerajaan (contohnya SSM dan Pihak Berkuasa Tempatan) tetapi tidak berdaftar dengan LHDNM, adakah saya layak memohon Geran Khas PRIHATIN?

Layak. Pemohon hendaklah mengisikan butiran pendaftaran perniagaan di borang permohonan dalam talian semasa memohon.

Untuk keterangan lanjut, sila layari ke portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my atau klik pada pautan soalan lazim (FAQ) GKP http://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQ_GKP_1.pdf

BACA JUGA : Kenapa Permohonan Baharu Dan Rayuan BPN Berstatus ‘Tidak Lulus’, Ini Alasannya!

Leave a Reply