Permohonan BKSS 6.0 2021 Kepada Isi Rumah & Bujang RM500 (Semakan Status)

Permohonan BKSS 6.0 Kepada Isi Rumah & Bujang RM500 (Semakan Status). Berita baik buat rakyat negeri Sarawak yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19. Untuk makluman, terkini kerajaan negeri Sarawak akan meneruskan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 6.0) khas kepada ketua isi rumah termasuk golongan bujang. Bagi anda yang berkelayakan akan menerima bayaran tunai secara one-off iaitu sekali sebanyak RM500 kepada individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan. Manakala, isi rumah yang tersenarai dalam BKSS 6.0 akan menerima bayaran sebanyak RM250 setiap bulan selama 6 bulan. Permohonan tidak diperlukan kerana menggunakan data BPR dan BPN yang sedia ada sebelum ini.

Permohonan BKSS 6.0 2021 Kepada Isi Rumah & Bujang RM500 (Semakan Status)

Pada 23 Mac lalu, kerajaan Negeri Sarawak telah mengumumkan BKSS 1.0 dan diikuti oleh BKSS 2.0 pada 10 April 2020. Secara keseluruhannya, kedua-dua Pakej ini yang berjumlah RM2.25 bilion adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan rakyat, para peniaga dan industri, akibat wabak COVID 19. Pembayaran tunai fasa pertama untuk kumpulan B40 di bawah BKSS 1.0 berjumlah RM97.7 juta telah dikreditkan ke akaun bank 391,037 penerima bantuan pada 15 April 2020. Bagi 15,206 penerima bantuan yang tidak mempunyai akaun bank, tuntutan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) boleh dibuat mulai 17 April 2020.

Permohonan BKSS 6.0 2021 Kepada Isi Rumah & Bujang RM500 (Semakan Status)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Khas Sarawakku Sayang 6.0 termasuk memaparkan jumlah bayaran dan cara permohonan :

Kerajaan Sarawak akan memberi bayaran tunai secara one-off iaitu sekali sebanyak RM500 kepada 377,806 individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas yang mempunyai pendapatan di bawah RM2,000 sebulan. Menurutnya, inisiatif ini dijangka akan melibatkan perbelanjaan kerajaan Sarawak sebanyak RM234.0 juta.

Senarai Bantuan/ Inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak

  • Pemberian tunai sebanyak RM250 sebulan kepada ketua isi rumah B40. Pemberian ini adalah selama tempoh 6 bulan.
  • Pemberian tunai sebanyak RM500 secara one-off kepada bujang B40.
  • Elaun petugas barisan hadapan (frontliner) RM200 -RM300 selama 6 bulan bermula Julai 2021.
  • Penjaja dan peniaga kecil akan menerima bayaran sebanyak RM1500.
  • Pemilik dan pengendali penambang berdaftar sebanyak RM500 secara one-off.
  • Pemandu e-hailing dan penjaga sekolah memandu menerima bayaran sebanyak RM500 secara one-off.
  • Pengendali van penumpang, pemandu teksi dan pengendali bas dan van sekolah yang berdaftar terima bayaran RM600.
  • Pengamal media menerima bayaran RM1500.
  • Pemberian RM500 sehingga RM3000 kepada pihak dan individu yang terlibat di dalam industri pelancongan.
  • Taksiran cukai pintu dikenakan diskaun 25%.
  • Skim Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak dikenakan diskaun 50%.
  • Pemberian bakul makanan kepada isi rumah terjejas.
  • Pengecualian bayaran permit dan lesen perniagaan.
  • Pengecualaian pembayaran lesen hotel dan rumah tumpangan.

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Mohon Rayuan Bantuan Prihatin Nasional Bagi Tidak Layak

Cara Pendaftaran BKSS 6.0 Online

Permohonan tidak diperlukan kerana menggunakan guna data sedia ada daripada BPR/ BPN. Bagi anda yang tiada rekod perlu buat permohonan baharu menerusi pautan https://bkss.sarawak.gov.my/web/home/bkss_semak

Cara Bayaran Bantuan Khas Sarawakku Sayang 6.0

Bagi penerima yang mempunyai akaun akan terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing manakala penerima yang tiada akaun akan disalurkan melalui Pejabat Cawangan Perbendaharaan Negeri yang berdekatan.

Sebarang makluman lanjut tentang BKSS, sila hubungi 082- 440127/ 440222.

Sumber : Ucapan Ketua Menteri Sarawak

BACA JUGA : Semakan Kelulusan Bantuan Prihatin Nasional

15 Comments

  1. Maxcylyna anak wikrib May 9, 2020
    • Ahmad zaidi bin bunsu May 11, 2020
    • Ramli bin sani May 11, 2020
      • MyInformasi May 11, 2020
  2. JACK BENDER ANAK PETER May 10, 2020
  3. Awang Roslan Bin Awang Othman May 13, 2020
  4. Emylea May 15, 2020
  5. Along92 May 18, 2020
  6. Kenneth anak kunding May 23, 2020
  7. Nyangon anak Japong August 1, 2020
  8. Andrew Liling August 21, 2020
  9. Delia anak Tinggi May 30, 2021
  10. Doroty anak salin July 23, 2021
  11. Mohamad Fairol Bolhi September 5, 2021

Leave a Reply