Cara Semak Bil Elektrik TNB Online Melalui myTNB

Cara Semak Bil Elektrik TNB Online Melalui myTNB. Ada yang tak dapat bil elektrik di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan? Menurut Tenaga Nasional Berhad (TNB), perkhidmatan bil bercetak dihentikan seketika bermula Mac 2020 berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19. Hal ini kerana untuk menjaga keselamatan pelanggan termasuk pekerja TNB agar penularan COVID-19 dapat diberhentikan. Tak perlu susah bimbang, kini anda boleh menyemak bil elektrik TNB secara online menerusi www.mytnb.com.my atau aplikasi mobile myTNB.

Cara Semak Bil Elektrik TNB Online Melalui myTNB

Cara Semak Bil Elektrik TNB Online Melalui myTNB

Berikut dikongsikan cara semak dan bayar bil elektrik secara online melalui portal myTNB sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan :

Semak Bil Elektrik Melalui myTNB Online

1. Anda perlu login masuk ke akaun menerusi laman web https://www.mytnb.com.my/

2. Masukkan email dan kata laluan anda yang telah didaftarkan.

Selain online anda juga boleh memuat turun aplikasi myTNB menerusi aplikasi Android dan IOS.

Cara Semak Bil Elektrik TNB Online Melalui myTNB

MAKLUMAN

Menerusi laman portal TNB, bil baharu akan dianggarkan berdasarkan penggunaan bil bulan sebelumnya. Contohnya jika bil bulan sebelum adalah RM100, bil baharu anda akan dianggarkan pada jumlah yang sama RM100. Amaun bil tersebut akan diselaraskan semula setelah pekerja TNB membuat bacaan sebenar di kediaman masing-masing selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan.

Senarai Servis Perkhidmatan Online myTNB

Berikut adalah senarai servis perkhidmatan online melalui myTNB :

  • Bil elektrik semasa
  • Sejarah bacaan meter, sejarah pembayaran dan sebagainya
  • Maklumat akaun seperti jumlah deposit dan status akaun TNB

Sebarang keterangan lanjut, sila hubungi :

CareLine : 1-300-88-5454
Operating Hours (during MCO period):
8:00 AM – 5:00 PM daily
Email : tnbcareline@tnb.com.my

Sumber : TNB

Leave a Reply