Tarikh Pembayaran BPN Fasa 2 Mulai 4 Mei 2020

Tarikh Pembayaran BPN Fasa 2 Mulai 4 Mei 2020. Bilakah tarikh bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2020 Fasa 2? Perhatian buat anda golongan B40 dan M40 yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tahun 2020. Untuk makluman, pembayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional 2020 bagi golongan B40 dan M40 melibatkan isi rumah dan individu bujang akan dibuat bermula daripada 4 Mei 2020. Sebelum ini, bayaran BPN bagi fasa pertama telah diagihkan mulai April lalu.

Tarikh Pembayaran BPN Fasa 2 Mulai 4 Mei 2020

Menurut Menteri Kewangan, sehingga 26 April 2020 seramai 3.26 permohonan baharu dan rayuan telah diterima melibatkan sebanyak 2.96 juta dan 305,000. Proses permohonan baharu dan rayuan Bantuan Prihatin Nasional akan ditutup pada 31 April 2020. Bagi anda yang nak buat rayuan dan permohonan baharu BPN boleh layari ke portal BPN.

Tarikh Pembayaran BPN Fasa 2 Mulai 4 Mei 2020

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2020 bagi fasa kedua :

Tarikh Bayaran : Mulai 4 Mei 2020 (Fasa Kedua)

Tarikh dan Jumlah Bantuan Prihatin Nasional

Terdapat empat kategori penerima Bantuan Prihatin Nasional iaitu :

  1. RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.
  2. RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.
  3. RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.
  4. RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan lebih RM2,000 dan hingga RM4,000.
Tarikh Pembayaran BPN Fasa 2 Mulai 4 Mei 2020

Artikel Berkaitan : Cara Semak Masuk Bantuan Prihatin Nasional

Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional

Semakan status BPN boleh dibuat secara online di laman web rasmi https://bsh.hasil.gov.my/.

Kaedah Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2020

Berikut adalah kaedah pembayaran Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 dan M40 iaitu :

A. Ada Maklumat Akaun : Bayaran adalah secara kredit ke akaun

B. Jika Status Bayaran Adalah Gagal Kredit : Bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional

C. Tiada Akaun : Bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)

Sebarang pertanyaan lanjut tentang Bantuan Prihatin Nasional, sila hubungi di talian 03-88829089/ 03-88829087/ 03-88829191 atau LHDNM di talian 1-800-882747.

BACA JUGA : Permohonan Baharu dan Rayuan BPN Bagi Status Tidak Tersenarai/Tidak Lulus

Leave a Reply