Semakan Set Dekoder Percuma MyFreeview Untuk B40 (Cara Tuntutan MYTV)

Semakan Set Dekoder Percuma MyFreeview Untuk B40 (Cara Tuntutan MYTV). Tahukah anda bahawa penerima BSH 2020 berkelayakan layak menerima set dekoder MYTV secara percuma? Untuk makluman, bagi isi rumah B40 dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang belum menerima set dekoder myFreeview percuma, sila buat semakan dan mengemaskini maklumat anda selewat-lewatnya 30 April 2020. Semakan dan cara menuntut dekoder MYTV percuma boleh dibuat secara atas talian (online) di portal rasmi MYTV.

Semakan Set Dekoder Percuma MyFreeview Untuk B40 (Cara Tuntutan MYTV)

Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Prihatin Nasional semuanya layak untuk mendapat dekoder percuma MYTV. Jika anda adalah penerima BSH maka anda secara automatik. Sekiranya layak, bagaimana pula cara menuntut dekoder MYTV percuma anda tersebut? Jadi disini akan kongsikan cara tuntut dekoder MYTV dengan mudah.

Semakan Set Dekoder Percuma MyFreeview Untuk B40 (Cara Tuntutan MYTV)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Set Dekoder Percuma MyFreeview termasuk memaparkan semakan dan tuntutan MYTV :

Apakah Televisyen Terestrial Digital?

Projek DTT (Televisyen Terestrial Digital) adalah di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan diselia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Ianya merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk menyediakan khidmat penyiaran TV dan radio terbaik untuk menutup siaran tv analog pada tahun 2018.

Apa Itu MyFreeview?

MyFreeview adalah merupakan jenama perkhidmatan TV digital percuma Malaysia yang menawarkan saluran TV dan radio tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Senarai Siaran MYTV Percuma

MYTV menyediakan siaran-siaran percuma untuk saluran-saluran TV termasuk saluran radio yang tersenarai seperti di bawah.

  • TV1 (HD)
  • TV2 (HD)
  • TV Okey
  • RTM Sports HD
  • RTM Bes HD
  • TV3 (HD)
  • CJ Wow Shop (Melayu)
  • CJ Wow Shop (Cina)
  • NTV7
  • 8TV
  • TV9
  • TV Al-Hijrah (HD)
  • Bernama News Channel
  • Nasional FM
  • Traxx FM
  • Minnal FM
  • Ai FM
  • Klasik FM
  • Asyik FM

Cara Semak dan Tuntutan Dekoder MYTV

1. Untuk semakan sila klik pada pautan ini https://status.mytvbroadcasting.my/interest.htm

2. Di bahagian halaman akan dipaparkan bagi dua kategori iaitu Isi Rumah B40 dan OKU yang berdaftar dengan KKMM.

3. Kemudian, klik pada butang ‘Isi Rumah B40’.

4. Masukkan nombor kad pengenalan untuk membuat semakan dan klik ‘semak’.

Semakan Set Dekoder Percuma MyFreeview Untuk B40 (Cara Tuntutan MYTV)

5. Bagi yang berjaya dapat MYTV akan dipaparkan status ‘TAHNIAH’. Anda perlu kemaskini maklumat dengan lengkap.

6. Di bahagian kemaskini, anda perlu lengkap borang kemaskini yang diminta.

7. Setelah selesai isi maklumat, tick ✅ pada kotak kecil untuk pengesahan maklumat anda.

8. Klik pada butang ‘Hantar’. Selesai kemaskini.

Soalan Lazim MyFreeview

1. Berapakah kos bagi perkhidmatan siaran digital MyFreeview?

Siaran digital myFreeview adalah PERCUMA dan tanpa sebarang kos tersembunyi yang lain. Anda hanya perlu membayar sekali sahaja untuk membeli IDTV baru atau dekoder DVB-T2 dan membayar yuran pemasangan sekiranya anda perlukan bantuan pemasangan aerial luaran UHF atau perkhidmatan penyelenggaraan

2. Adakah saya perlukan set TV baharu untuk menerima siaran digital myFreeview?

  • Set TV lama sudah mencukupi asalkan ia mempunyai sambungan masuk AV/HDMI yang boleh disambungkan kepada dekoder menggunakan kabel AV/HDMI.
  • TV digital baharu yang mempunyai label/cop DTTV dengan pengesahan SIRIM yang dilengkapi dengan penala digital (built-in digital tuner) atau dikenali sebagai IDTV (Integrated Digital Television), boleh menerima terus siaran digital myFreeview tanpa dekoder.

Leave a Reply