Permohonan Rumah Selangorku 2022 LPHS Online (Semakan Status). Berita baik buat rakyat negeri Selangor yang ingin memiliki rumah mampu milik di negeri Selangor. Untuk makluman, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) menawarkan skim perumahan yang dikenali sebagai Rumah Selangorku khususnya kepada yang bermastautin atau bekerja di negeri Selangor. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) sehingga 31 Disember 2022 menerusi laman web Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.
Rumah Selangorku adalah merupakan skim rumah mampu milik yang dibina untuk perumahan kos rendah, sederhana rendah, sederhana dan Rumah Mampu Milik. Harga rumah adalah tidak melebihi RM250,000.00 seunit termasuk 6% cukai GST bergantung kepada jenis, keluasan, lokasi dan kemudahan-kemudahan tambahan yang disediakan. Setiap negeri mempunyai program skim perumahan sendiri seperti contohnya Rumah Mampu Milik Johor (Negeri Johor), eRumah (Pulau Pinang) dan Rumah RUMAWIP (Wilayah Persekutuan).
Permohonan Rumah Selangorku 2022 LPHS Online (Semakan Status)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Rumah Selangorku termasuk memaparkan syarat kelayakan, semakan status dan aplikasi online :
Menerusi Belanjawan Negeri Selangor 2021, kerajaan bersetuju menambah 30,000 lagi unit Rumah Selangorku yang menjadikan jumlah keseluruhan 60,000 unit dalam tempoh tiga (3) tahun.
Syarat Kelayakan Rumah Selangorku 2021
Antara syarat-syarat kelayakan untuk memohon Rumah Selangorku adalah seperti berikut :
1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
2. Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001.00 sebulan.
3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan dibenarkan permohonan Jenis A manakala pendapatan isi rumah melebihi RM3,00 sebulan sehingga RM10,000 sebulan dibenarkan permohonan Jenis B, C dan D.
4. Sekiranya pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000 adalah dibenarkan juga membuat pilihan Jenis B, C atau D. Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM3,001 sebulan, permohonan Jenis A tidak dibenarkan.
5. Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan satu (1) jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan.
6. Pemohon belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor.
7. Permohonan pindahmilik hanya dibenarkan selepas lima (5) tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.
8. Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
9. Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun.
Cara Mohon Rumah Selangorku 2021 Online
Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi laman web https://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/www/index.php
Nota :
i. Pemohon boleh menyemak senarai projek rumah yang boleh dipohon di laman web LPHS.
ii. Pemohon yang menolak tawaran akan menyebabkan nama pemohon disenaraihitamkan dalam Sistem Pendaftaran Rumah Selangorku selama tempoh dua (2) tahun.
Semakan Status Rumah Selangorku 2021 Online
Bagi yang telah membuat permohonan skim perumahan ini boleh semak status permohonan Rumah Selangorku menerusi online di pautan seperti berikut :
○ Aplikasi Semakan : http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/.
○ Isikan nombor kad pengenalan anda dan klik butang ‘SEMAK‘.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian :
Tingkat 5, Podium Utara
Bangunan SSAAS
40503 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
No. Tel : +603-5510 2177/ 03-5510 2122
Emel : aduan@lphs.gov.my/ e.aduanupkb@gmail.com
BACA JUGA : Permohonan Skim Peduli Sihat Selangor Online