Permohonan Residensi Wilayah 2021 Online RUMAWIP (Semakan Status). Berita baik buat anda yang ingin memiliki rumah mampu milik di Wilayah Persekutuan. Untuk makluman, Residensi Wilayah yang dahulunya dikenali sebagai RUMAWIP adalah skim perumahan mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang menetap atau bekerja di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi laman web rasmi www.residensiwilayah.kwp.gov.my.

RESIDENSI WILAYAH merupakan satu program rumah mampu milik yang hanya tertumpu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja. Selain itu, setiap negeri juga mempunyai program skim perumahan sendiri iaitu Rumah Mampu Milik Johor (Johor), eRumah (Pulau Pinang) dan Rumah Selangorku (Selangor).
Permohonan Residensi Wilayah 2021 Online RUMAWIP (Semakan Status)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Residensi Wilayah termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan borang permohonan :
Sejumlah 80,000 unit rumah mampu milik akan dibina di Wilayah Persekutuan menjelang tahun 2020 di mana 50,000 unit akan dibangunkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 20,000 unit di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan 10,000 unit di Wilayah Persekutuan Labuan.
Syarat Kelayakan Residensi Wilayah 2021
Antara kriteria asas untuk menjadi pemilik kediaman Residensi Wilayah adalah seperti berikut :
1. Mestilah warganegara Malaysia.
2. Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan ke atas.
3. Dilahirkan atau menetap di Wilayah Persekutuan.
4. Pendapatan kasar bulanan isi rumah bagi pemohon individu (bujang/tidak berkeluarga) hendaklah tidak lebih daripada RM10,000 manakala berkeluarga (suami dan isteri) tidak melebihi RM15,000 sebulan.
Jenis Rumah Ditawarkan Residensi Wilayah
Residensi Wilayah menawarkan rumah yang mempunyai tiga (3) bilik tidur, dua (2) bilik air, ruang tamu, ruang makan, dapur dan yard serta dalam bentuk rumah berstrata.
Cara Permohonan Residensi Wilayah Online
Permohonan boleh dibuat secara online menerusi laman web rasmi https://residensiwilayah.kwp.gov.my/application
Nota : Untuk semak senarai projek Residensi Wilayah boleh ke pautan https://residensiwilayah.kwp.gov.my/projek
Untuk sebarang pertanyaan lanjut tentang Residensi Wilayah boleh hubungi di talian :
Urus Setia RESIDENSI WILAYAH
Unit Residensi Wilayah,
Bahagian Sosio Ekonomi,
Aras 5, Blok 2,
Menara Seri Wilayah,
Presint 2,
Kementerian Wilayah Persekutuan,
62100 Putrajaya.
Urus Setia RESIDENSI WILAYAH DBKL
Aras 25, Menara DBKL 1,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur
Tel : 03-26179154
BACA JUGA : Permohonan Rumah PR1MA 2021 Online


