Permohonan MyBrain15 2022 (MyMaster & MyPHD). Adakah anda bakal pelajar untuk pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran (PHD)? Untuk makluman, menerusi pembentangan Bajet 2018 daripada Perdana Malaysia telah mengumumkan tetap meneruskan program MyBrain15 bagi tahun 2018. Bagi pemohon yang berkelayakan boleh membuat Permohonan MyBrain15 2018 secara online di portal rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Program MyBrain15 merupakan biasiswa yang diperkenalkan oleh KPM yang terdiri daripada MyMaster dan MyPhD. MyMaster dan MyPhD untuk menyediakan pembiayaan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana & Ijazah Kedoktoran untuk mencapai sasaran 60,000 pemegang PHD dari kalangan rakyat Malaysia menjelang tahun 2023. Secara tak langsung dapat meningkatkan jumlah kumpulan tenaga kerja profesional tempatan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.
Permohonan MyBrain15 2022 (MyMaster & MyPHD)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang program MyBrain15 2020 termasuk memaparkan syarat kelayakan dan aplikasi online :
○ Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2018 Online
○ Permohonan Pinjaman PTPTN Online 2018
Syarat Kelayakan MyBrain15 2020
Antara syarat-syarat permohonan MyBrain15 adalah seperti berikut :
Syarat Am MyBrain15
1. Warganegara Malaysia.
2. Tiada had umur.
3. Pemohon mestilah:
● Orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap.
● Kakitangan swasta.
● Pensyarah IPTS.
● Kakitangan kerajaan/ badan berkanun/ IPTA (kontrak/ sambilan/ sementara).
● Pesara kerajaan/badan berkanun/IPTA
4. Mengikuti pengajian secara sepenuh masa sahaja.
5. Pemohon yang bekerja di luar negara tidak layak memohon.
6. Penjawat awam/badan berkanun/IPTA lantikan tetap tidak layak memohon.
7. Pemohon tidak memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf semasa memohon MyPhD.
8. Memenuhi syarat kemasukan ke IPT dan telah menerima surat tawaran tidak bersyarat daripada IPT atau telah memulakan pengajian di IPT.
9. Pengajian mestilah di peringkat Ijazah Sarjana atau sijil profesional yang setaraf dengan Ijazah Kedoktoran sahaja.
10. Pemohon tidak menerima pembiayaan lain daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang sama.
Syarat Akademik MyBrain15 2018
1. Memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan PNGK 3.00 – 4.00 atau setara.
2. Pelajar Ijazah Sarjana yang dinaiktaraf kepada Ijazah Kedoktoran oleh Senat IPT.
3. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 3.75 – 4.00 atau Kelas Pertama.
Cara Permohonan MyBrain15 2020 Online
Permohonan MyMaster dan MyPhD perlu dibuat secara atas talian (online) melalui laman web MyBrain15 https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain15. Permohonan secara manual tidak akan diterima.
Dokumen Penting Perlu Dibawa MyBrain15
Berikut dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan kepada Bahagian Biasiswa adalah seperti berikut:
● Salinan Surat Tawaran Program MyMaster/MyPhD;
● Satu (1) keping gambar pemohon berukuran passport;
● Borang Permohonan Online MyMaster/ MyPhD yang telah diitandatangani;
● Satu (1) salinan Kad Pengenalan pemohon yang telah disahkan.
● Research proposal yang telah disahkan oleh penyelia (wajib bagi mod penyelidikan).
● Salinan transkrip akademik tertinggi (Ijazah Sarjana Muda/Sarjana) yang telah disahkan.
● Borang Pengesahan Maklumat Pemohon Program MyBrain15 yang telah dilengkapkan.
● Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT yang telah disahkan.
● Slip/dokumen pengesahan pendaftaran pengajian di IPT (bagi MyPhD kategori P1 sahaja).
● Tiga (3) set Perjanjian yang telah dilengkapkan dan dimatikan setem.
● Satu (1) salinan Kad Pengenalan penjamin yang telah disahkan.
● Borang Maklumat Bank dan salinan muka depan buku akaun/penyata Bank Islam yang telah disahkan (bagi MyPhD kategori P1 sahaja).
Sumber : KPT