Permohonan PPAM 2022 Online Skim Perumahan Penjawat Awam. Adakah anda penjawat awam di Malaysia? Sudah kah anda memiliki rumah idaman sendiri? Panduan buat anda khususnya kakitangan awam yang berkelayakan boleh membuat permohonan Perumahan Penjawat Awam tahun 2020. Menerusi pembentangan Bajet 2018, kerajaan masih meneruskan dengan memperuntukkan sebanyak RM2.2 bilion untuk skim perumahan termasuk 25,000 unit PPA1M, 210,000 PR1MA, 17,300 PPR dan 3,000 Rumah Mesra Rakyat.

Untuk pengetahuan anda, Perumahan Penjawat Awam Malaysia atau PPAM adalah merupakan satu skim rumah mampu milik khas untuk penjawat awam. Skim ini diperkenalkan oleh Kerajaan sejak tahun 2013 bagi membantu penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli serta memiliki rumah yang berkualiti di lokasi yang strategik dengan harga yang tidak melebihi RM300,000 seunit bergantung pada lokasi.
Permohonan PPAM 2022 Online Skim Perumahan Penjawat Awam
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang PPA1M termasuk memaparkan syarat kelayakan permohonan, cara permohonan dan cara hubungi :
Syarat Kelayakan Perumahan Penjawat Awam (PPAM)
Antara syarat-syarat kelayakan Perumahan Penjawat Awam Malaysia yang perlu diikuti adalah :
1. Semua penjawat awam dari kesemua gred jawatan boleh memohon.
2. Warganegara Malaysia.
3. Penjawat awam yang telah berpencen dan kontrak juga layak memohon.
4. Boleh memohon lebih dari satu projek pada satu-satu masa, namun pemohon boleh ditawarkan salah satu projek sahaja bagi setiap isi rumah.
5. Moratium selama 10 tahun akan dikenakan dimana rumah yang dibeli tidak boleh dipindah milik atau dijual tanpa kebenaran Kerajaan kecuali kepada waris terdekat seperti suami/ isteri atau anak-anak.
Cara Permohonan Perumahan Penjawat Awam 2021 Online
1. Pendaftaran Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia boleh dibuat secara online di laman web PPAM.
2. Lihat pelancaran produk-projek terbaru PPA1M dan boleh memilih lokasi pilihan anda.
3. Anda log masuk ke laman web PPAM untuk membuat permohonan.
4. Pilih jenis unit yang ada bagi satu-satu projek pilihan anda. Anda dikehendaki menyemak kelayakan pinjaman dengan LPPSA/ bank komersial terlebih dahulu sebelum memilih jenis rumah.
5. Pengundian akan dilakukan mengikut kaedah yang akan diguna oleh Unit PPA1M.
6. Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui email, SMS dan paparan di dalam website PPA1M.
7. Anda dimohon untuk menyediakan bayaran deposit sebanyak 2% daripada harga rumah semasa menandatangani Perjanjian Jual Beli.
8. Anda dikehendaki menguruskan permohonan pembiayaan menggunakan pinjaman Kerajaan atau bank komersil dan perlu mendapat kelulusan pinjaman dalam tempoh 2 bulan selepas Perjanjian Jual Beli.
9. Sebaik sahaja semua dokumen lengkap ditandatangi, kunci dan hartanah akan diserahkan secara rasmi sekaligus menjadikan anda pemilik kediaman PPA1M.
Nota Penting : Bagi anda yang ingin memilih rumah dalam program PPA1M, anda boleh rujuk disini Projek Baru PPA1M.
BACA JUGA : Semakan Keputusan PPAM 2020
Sebarang maklumat lanjut tentang Program Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia boleh diperolehi daripada:
Unit Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 4, Blok Podium, Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
62652 PUTRAJAYA
No. Tel.: 03 – 8880 5118
No. Faks: 03 – 8880 5119
Laman Web: www.ppa1m.gov.my
Perbadanan Putrajaya
Jabatan Perancang Bandar
Kompleks Perbadanan Putrajaya
24 Persiaran Perdana, Presint 3
62675 PUTRAJAYA
No. Tel.: 03 – 8887 7165
No. Faks: 03 – 8887 5003
Laman Web: www.ppj.gov.my
Sumber : PPA1M