Permohonan Skim Smart Sewa Selangor 2018 Online

Permohonan Skim Smart Sewa Selangor 2018 Online | Anda warga Negeri Selangor? Adakah anda telah memiliki rumah idaman sendiri? Panduan buat anda yang ingin memiliki rumah kediaman dimana melalui belanjawan Selangor 2018, kerajaan negeri komited meneruskan program Skim Smart Sewa Selangor bagi tahun 2018. Untuk pengetahuan anda, program ini bertujuan membantu golongan berpendapatan sederhana untuk memiliki rumah idaman mereka yang selesa dan sempurna. Selain Skim Smart Sewa Selangor, kerajaan negeri Selangor turut memperkenalkan skim baharu iaitu Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) yang bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah khususnya golongan ibu.

Permohonan Skim Smart Sewa Selangor 2018 Online

Skim Smart Sewa Selangor sebenarnya telah diperkenalkan sejak tahun 2016 lagi dimana mereka perlu menyewa rumah minima selama 2 tahun atau maksimum 5 tahun. Dalam tempoh 5 tahun, sekiranya penyewa sudah mampu membeli rumah maka sebanyak 30 peratus daripada jumlah keseluruhan sewaan akan dipulangkan balik kepada penyewa sebagai deposit membeli rumah baharu.

Permohonan Skim Smart Sewa Selangor 2018 Online

Berikut adalah maklumat tentang Permohonan Skim Smart Sewa Selangor 2018 secara online termasuk syarat kelayakan, lokasi rumah, cara permohonan dan hubungi :

○ Permohonan Skim Peduli Sihat Selangor Online

Syarat Permohonan Skim Smart Sewa Selangor 2018

1. Warganegara Malaysia.

2. Berusia 18 tahun ke atas dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan.

3. Pendapatan sesi keluarga kurang daripada RM5,000.00.

4. Pemohon atau suami / isteri tinggal atau bekerja di Negeri Selangor.

5. Pemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di Selangor; atau mempunyai kediaman tetapi terletak melebihi 50km daripada tempat sewa dipohon dengan syarat tempat kerja pemohon hendaklah dalam lingkungan 25km perjalanan.

6. Pemohon merupakan pengundi di Negeri Selangor.

Tempoh penyewaan :

○ Maksimum 5 tahun

○ Minimum 2 tahun

Deposit (bengantung pada kadar sewa semasa) :

○ Sewa 2 Bulan + Sewa Semasa (1 Bulan) + Caj Utiliti + Lain2 caj

Cara Permohonan Skim Smart Sewa Selangor 2018 Online

Bagi pemohon yang berkelayakan boleh memuat turun borang Permohonan Skim Smart Sewa Selangor 2018 menerusi pautan ini http://phssb.com/borang/.

Atau boleh diambil di pejabat kami di alamat ;

Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd

Tingkat 5 Podium Utara,

Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,

40503 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan

Nota Penting :

● Hantarkan borang permohonan beserta dokumen lengkap ke:

Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd

Tingkat 5, Podium Utara,

Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,

40503 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan.

● atau Scan dan Email ke: smartsewa@phssb.com

* Tarikh temuduga akan dimaklumkan kepada pemohon selepas borang dan dokumen lengkap diterima.

Lokasi Skim Smart-Sewa

1. Pangsapuri Tun Teja 1, Alam Impian, Shah Alam (5 Unit-Telah disewakan).

2. Pangsapuri @ Jalan Keretapi Lama, Kapar, Klang (Kekosongan: 21 Unit, Kadar sewa RM600-RM650).

3. Pangsapuri Rimba Jaya, Seksyen 16, Shah Alam (Kekosongan: 37 Unit, Kadar sewa RM550).

4. Pangsapuri Damai Utama, Bandar Kinrara, Puchong (Kekosongan: 89 Unit, Kadar sewa RM550-RM650)

5. Pangsapuri Asteria, Bandar Parklands, Klang (50 Unit dibuka untuk pendaftaran)

6. Pangsapuri Azaria, Bandar Parklands, Klang (50 Unit dibuka untuk pendaftaran)

7. Pangsapuri Arista, Bandar Parklands, Klang (11 Unit dibuka untuk pendaftaran)

Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut boleh anda hubungi di talian 019 333 0976 / 017 416 3990 / 03 5524 0233 atau email ke smartsewa@phssb.com.

BACA JUGA :

● Pendaftaran dan Permohonan Rumah PR1MA 2018 Online

● Permohonan Rumah Mesra Rakyat SPNB 2018 Online

Leave a Reply