Permohonan Skim Peduli Sihat Selangor 2022 Online (Semakan Status). Nak mohon Skim Peduli Sihat Selangor? Berita baik buat rakyat negeri Selangor dimana kerajaan negeri Selangor masih meneruskan Skim Peduli Sihat Selangor yang telah diperkenalkan oleh kerajaan Negeri Selangor sejak tahun 2017 lagi. Skim ini menawarkan RM500 untuk satu keluarga dan RM200 untuk individu dengan had kegunaan RM70 setiap rawatan. Bagi yang berkelayakan boleh mendaftar Kad Peduli Sihat Selangor secara dalam talian (online) menerusi laman web www.pedulisihat.com atau dapatkan borang permohonan di Pejabat Ahli Dewan Negeri yang berdekatan.
Skim Peduli Sihat Selangor adalah merupakan satu insentif daripada kerajaan negeri Selangor selain Skim KISS untuk membantu rakyat Selangor khususnya golongan B40 yang berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan (keluarga) atau RM1,500 sebulan (individu) dalam mendapatkan rawatan hospital secara percuma. Dengan adanya skim Peduli Sihat ini, rakyat negeri Selangor boleh mendapatkan rawatan asas secara percuma di lebih 1,000 sebuah klinik swasta di Selangor dan Lembah Klang yang mendaftar dengan skim ini.
Permohonan Skim Peduli Sihat Selangor 2022 Online (Semakan Status)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Skim Kad Peduli Sihat Selangor termasuk memaparkan syarat kelayakan, kategori dan manfaat skim, cara permohonan dan hubungi :
Syarat Kelayakan Skim Peduli Sihat Selangor
Antara syarat-syarat kelayakan Skim Peduli Sihat Selangor adalah seperti berikut :
● Warganegara Malaysia.
● Lahir di Selangor atau menetap di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun.
● Pendapatan bulan maksima RM3,000 bagi keluarga dan RM1,500 bagi individu.
Manfaat Skim Peduli Sihat
Peserta Skim Peduli Sihat akan menerima manfaat pembiayaan rawatan kesihatan asas menurut kategori Individu dan Keluarga adalah seperti berikut :
A. Kategori Keluarga
● Had pembiayaan setahun adalah RM500
● Had gunaan setiap kali rawatan adalah RM50
● PERCUMA satu kad untuk satu keluarga
● Tiada had jenis rawatan/ perubatan bagi kesihatan asas
B. Kategori Individu
● Had pembiayaan setahun adalah RM200
● Had gunaan setiap kali rawatan adalah RM50
● PERCUMA satu kad untuk seorang individu
● Tiada had jenis rawatan/ perubatan bagi kesihatan asas
Cara Mendaftar Skim Peduli Sihat Selangor
Permohonan boleh dibuat secara online menerusi laman web https://member.pedulisihat.com/site/createMember.
Untuk mendapatkan borang permohonan skim Peduli Sihat boleh muat turun DISINI.
Dokumen Diperlukan Untuk Penghantaran Borang :
- Borang pendaftaran Skim PEDULI SIHAT.
- Salinan kad pengenalan (untuk ketua keluarga atau individu)/ MyKid atau surat kelahiran (untuk tanggunggan isteri atau anak anda)/ slip gaji atau pencen untuk pesara kerajaan dan penjawat awam.
- Salinan penyata EA atau KWSP (untuk pekerja Swasta atau bekerja sendiri)
Nota :
● Borang permohonan ini hendaklah dihantar ke Pejabat Ahli Dewan Negeri atau Pejabat Penyelaras Ahli Dewan Negeri berdekatan.
● Semakan Senarai Alamat Pejabat Ahli Dewan Negeri Kerajaan dan Penyelaras DUN disini.
● Kad PEDULI SIHAT akan dihantar ke Pejabat Ahli Dewan Negeri atau Pejabat Penyelaras Ahli Dewan Negeri.
Untuk pertanyaan dan sebarang maklumat lanjut boleh hubungi di talian 03- 20893911 atau emel ke provider@pedulisihat.com.
BACA JUGA : Permohonan Skim Smart Sewa Selangor 2022
Saya tidak pernah ada rumah sendiri dan saya berusia 41 dan simpanan sekadar untuk sewa rumah dan untuk cukup makan hari-harian keluarga sahaja