Permohonan Rumah Mampu Milik Johor 2021 (RMMJ) Online

Permohonan Rumah Mampu Milik Johor 2021 (RMMJ) Online. Berita baik buat anak kelahiran negeri Johor yang ingin memiliki rumah idaman sendiri. Untuk makluman, kerajaan Negeri Johor menawarkan satu skim perumahan iaitu Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) kepada rakyat Johor atau yang telah bermastautin di Johor dengan pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM8,000. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi laman web rasmi erumah.johor.gov.my.

Permohonan Rumah Mampu Milik Johor 2021 (RMMJ) Online

Rumah Mampu Milik Johor atau ringkasnya RMMJ adalah satu skim perumahan yang dibina khas untuk rakyat Negeri Johor untuk keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana. Selain itu, setiap negeri juga mempunyai program skim perumahan sendiri iaitu Rumah Selangorku (Negeri Selangor), eRumah (Pulau Pinang) dan Residensi Wilayah (Wilayah Persekutuan).

Permohonan Rumah Mampu Milik Johor 2021 (RMMJ) Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Rumah Mampu Milik Johor termasuk memaparkan syarat kelayakan, cara permohonan dan semakan status :

Syarat Kelayakan Rumah Mampu Milik Johor

Antara syarat-syarat kelayakan Rumah Mampu Milik Johor adalah seperti berikut :

1. Warganegara Malaysia untuk anak jati negeri Johor.

2. Berumur 18 tahun dan ke atas

3. Berkahwin atau bujang layak memohon.

4. Pemohon atau pasangan yang telah memiliki RKR selama 5 tahun ke atas layak memohon rumah kedua.

5. Hanya satu permohonan bagi pasangan suami/isteri.

6. Tempoh sah pendaftaran Rumah Mampu Milik adalah SETAHUN dari tarikh pendaftaran.

Jenis Rumah Mampu Milik Johor RMMJ

Permohonan Rumah Mampu Milik Johor 2018 (RMMJ) Online

Cara Mohon Rumah Mampu Milik Johor 2021 Online

1. Permohonan boleh dibuat secara online menerusi laman web rasmi https://erumah.johor.gov.my/ePerumahan/home/hmDaftarAkaun.htm. Pemohon perlu mendaftar akaun baru sekiranya masih belum mempunyai akaun.

2. Login akaun untuk pemilihan projek perumahan dan hantar permohonan.

Semakan Status Rumah Mampu Milik Johor 2021

Bagi anda yang ingin mengetahui status permohonan Rumah Mampu Milik Johor boleh layari ke pautanĀ http://erumah.johor.gov.my/ePerumahan/home/hmSemakPermohonan.htm

Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, sila hubungi di talian :

Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Perumahan), Aras 1 & 2, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, 79503 Iskandar Puteri, Johor
Email: erumah@johor.gov.my
Telefon: 07-2666260 / 07-2666261 / 07-2666262

Sumber : eRumah Johor 

Leave a Reply