Jadual Bayaran i-Lestari Dan i-Sinar KWSP April 2021 (Tarikh)

Jadual Bayaran i-Lestari Dan i-Sinar KWSP April 2021 (Tarikh). Bilakah tarikh bayaran i-Lestari dan i-Sinar KWSP bulan April 2021? Panduan buat Ahli KWSP yang telah membuat permohonan pengeluaran i-Lestari dan i-Sinar KWSP. Untuk makluman, pembayaran i-Lestari dan i-Sinar bagi bulan sebelum ini telah dikreditkan ke akaun masing-masing pada tarikh yang ditetapkan. Bagi pemohon yang gagal dikreditkan, anda akan menerima Cek Jurubank daripada pihak KWSP atau anda perlu buat pengemaskinian maklumat akaun di portal rasmi KWSP. Pengeluaran i-Lestari dan i-Sinar bagi bulan April 2021 dijangka dikreditkan ke akaun bank bermula pada 1 April ini.

Jadual Bayaran i-Lestari Dan i-Sinar KWSP April 2021 (Tarikh)

Bagi ahli yang ingin membuat permohonan baru atau pembatalan pengeluaran i-Lestari hendaklah dibuat sebelum 31 Mac 2021. Untuk permohonan baharu dan pindaan amaun pengeluaran i-Sinar pula boleh dibuat pada 8 Mac 2021 menerusi portal i-Sinar Online.

Jadual Bayaran i-Lestari Dan i-Sinar KWSP April 2021 (Tarikh)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang i-Lestari dan i-Sinar KWSP termasuk memaparkan tarikh pengeluaran dan semakan status :

Tarikh Bayaran i-Sinar & i-Lestari Bulan April 2021

Menurut KWSP, bayaran i-Sinar dan i-Lestari pada bulan April dan seberikutnya akan dibayar :

  1. Pembayaran i-Sinar Akaun 1 adalah mengikut kumpulan atau batch, sekiranya anda merupakan penerima batch pertama maka anda dijangka akan menerima pembayaran bulan April pada 1 April 2021 dan seterusnya mengikut batch masing-masing.
  2. Maksimum dalam tempoh 2 minggu atau sebelum akhir bulan berkenaan.
  3. Manakala bayaran i-lestari KWSP untuk bulan April 2021 dijangka dikreditkan bermula pada 1 April 2021 secara berperingkat ke akaun masing-masing.

Nota :

  • Tarikh bayaran i-Sinar dikreditkan ke akaun bank bergantung kepada cuti hari Sabtu dan Ahad atau hari cuti umum. Bayaran i-Sinar akan masuk ke akaun bank pada hari bekerja berikutnya.
  • Jadual bayaran i-Sinar ini hanya terpakai kepada permohonan kategori pertama sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN : Permohonan Baharu Dan Cara Menukar Jumlah i-Sinar

Cara Semak Pengeluaran i-Lestari & i-Sinar KWSP Online

Bagi Ahli yang mempunyai i-Akaun KWSP boleh semak penyata, baki dan transaksi bayaran i-Lestari dan i-Sinar secara atas talian seperti berikut :

1. Bagi anda yang mempunyai i-Akaun boleh log masuk melalui laman web rasmi https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

2. Pilih Withdrawal/ Pengeluaran untuk proses seterusnya.

3. Sila, pilih pada Withdrawal History untuk semakan pengeluaran i-Lestari atau i-Sinar.

Nota : Bagi anda yang ingin daftar i-Akaun boleh dibuat menerusi kioks KWSP atau menerusi emel.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di talian hotline KWSP 03-8922-4848 atau ke portal rasmi KWSP www.kwsp.gov.my.

BACA JUGA :

Penafian : Laman web myinformasi tiada sebarang kaitan dengan KWSP. Laman ini hanya kongsikan atau sampaikan informasi kepada umum. Sebarang kehilangan tidak dipertanggungjawabkan oleh laman myinformasi.

Leave a Reply