Cara Permohonan i-Sinar KWSP Kategori 2 Online Mulai 11 Januari 2021 (Kemaskini). Panduan buat pencarum KWSP yang ingin membuat pengeluaran akaun 1 KWSP. Untuk makluman, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membenarkan Ahli membuat pengeluaran akaun 1 KWSP yang dikenali sebagai i-Sinar. Permohonan ini boleh dibuat secara atas talian (online) bermula pada 21 Disember 2020 bagi kategori 1 menerusi laman web i-Sinar.
Ahli yang layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020. Amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat. Pengkreditan pertama akan bermula pada bulan Januari 2021. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan. Secara umum, ahli yang layak boleh mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.
Cara Permohonan i-Sinar KWSP Kategori 2 Online Mulai 11 Januari 2021 (Kemaskini)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang i-Sinar Pengeluaran Akaun 1 KWSP termasuk memaparkan syarat kelayakan, jumlah pengeluaran, cara permohonan dan semakan status:
Apa Itu i-Sinar KWSP?
i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.
Tarikh Mohon i-Sinar
Bagi anda tergolong dalam Kategori 1, anda boleh mula memohon pada 21 Disember 2020. Manakala, bagi Kategori 2 pula, permohonan boleh dibuat bermula 11 Januari 2021 dan dokumen sokongan perlu disertakan.
Syarat Kelayakan i-Sinar Kategori 2
Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.
Cara Mohon i-Sinar Kategori 2 Online
1. Anda hanya perlu MUAT Naik dokumen sokongan secara online bermula 11 Januari 2021 menerusi laman web https://isinar.kwsp.gov.my/
2. Ambil gambar pakai phone pun boleh, pastikan terang dan boleh dibaca.
3. Posisi kan kamera telefon anda betul-betul di atas dokumen yang hendak diimbas.
4. Pastikan anda mengambil gambar di tempat terang atau guna flash jika perlu untuk memastikan gambar yang diambil adalah jelas.
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan iSinar Kategori 2
Antara dokumen sokongan yang perlu disertakan adalah seperti berikut:
- Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
- Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
- Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.
Kaedah Bayaran Pengeluaran i-Sinar KWSP
1. Bagigi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021.
2. Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
Sebarang keterangan lanjut, sila layari ke laman web rasmi KWSP atau hubungi di talian 03-8922 4848.
BACA JUGA :