Permohonan Baharu Dan Cara Menukar Jumlah i-Sinar Mulai 8 Mac 2021

Permohonan Baharu Dan Cara Menukar Jumlah i-Sinar Mulai 8 Mac 2021. Anda nak buat perubahan amaun i-Sinar? Panduan buat ahli yang ingin membuat pindaan pengeluaran untuk menambah jumlah permohonan pengeluaran i-sinar. Untuk makluman menerusi laman KWSP membenarkan pemohon yang tidak memilih amaun yang betul semasa permohonan asal dibuat, anda boleh mula membuat pindaan bermula 8 Mac 2021 melalui i-Sinar Online. Bagi anda yang telah memohon amaun kelayakan maksimum semasa permohonan asal dibuat tiada lagi pindaan amaun boleh dibuat.

Permohonan Baharu Dan Cara Menukar Jumlah i-Sinar Mulai 8 Mac 2021

Menerusi kenyataan yang diumumkan oleh KWSP berikutan pemansuhan kriteria pada bulan Februari 2021, permohonan yang dibuat sebelum 25 Februari akan diberi kelulusan secara berperingkat dan bayaran akan dibuat bermula pada 2 Mac 2021. Permohonan baharu dan pindaan amaun pengeluaran i-Sinar boleh dibuat pada 8 Mac 2021 di laman web i-Sinar Online. Ahli diberi kelonggaran untuk membuat pindaan pada butiran permohonan seperti jumlah dipohon, maklumat bank, alamat, nombor telefon dan mod bayaran.

Permohonan Baharu Dan Cara Menukar Jumlah i-Sinar Mulai 8 Mac 2021

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pengeluaran i-Sinar KWSP termasuk memaparkan kriteria, permohonan baharu dan cara kemaskini :

Kriteria Baharu Pengeluaran i-Sinar

Bermula 8 Mac 2021, kelayakan permohonan kemudahan i-Sinar akan ditambah baik iaitu:

  1. Ahli KWSP (termasuk Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara)
  2. Berumur di bawah 55 tahun
  3. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM150

Permohonan Baharu Pengeluaran i-Sinar KWSP

Untuk permohonan baharu i-Sinar boleh dibuat mulai 8 Mac 2021 melalui i-Sinar Online https://isinar.kwsp.gov.my/submit-request.

Sebelum permohonan anda perlu menyemak baki simpanan akaun 1 KWSP secara online melalui portal I-Akaun atau cawangan/ kiosk KWSP berdekatan.

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Daftar i-Akaun KWSP Online Untuk isinar

Cara Menukar Amaun Pengeluaran i-Sinar

1. Sila layari ke portal i-Sinar https://isinar.kwsp.gov.my/ dan pilih ‘PINDAAN PENGELUARAN’.

2. Isikan No. IC dan nombor telefon yang telah didaftarkan. Kemudian, klik teruskan.

3. Untuk meminda alamat tekan ✅ pada Alamat Surat-Menyurat.

4. Untuk meminda amaun tekan ✅ pada Amaun Dipohon.

5. Tetapkan amaun pilihan baharu.

6. Untuk meminda maklumat bayaran tekan ✅ pada Maklumat Bayaran.

7. Pilih Bank dan masukkan Nombor Akaun Bank yang baharu.

8. Tekan ‘TERUSKAN’ untuk meneruskan proses permohonan anda.

Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848 atau layari ke portal https://isinar.kwsp.gov.my/FAQ.

BACA JUGA :

Leave a Reply