Cara Daftar eKasih 2020, Dapat Pelbagai Bantuan (Semakan Status)

Cara Daftar eKasih 2020, Dapat Pelbagai Bantuan (Semakan Status). Berita baik buat golongan pendapatan rendah RM1,500 ke bawah sebulan yang ingin membuat permohonan eKasih. Untuk makluman, kini pendaftaran e-Kasih boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi portal web eKasih atau hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan.

Cara Daftar eKasih 2020, Dapat Pelbagai Bantuan (Semakan Status)

e-Kasih adalah merupakan satu pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan untuk membantu, melaksana dan membasmi masalah kemiskinan di Malaysia. Semua Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) yang berpendapatan kurang daripada RM 1,500 (bandar) dan RM 1,000 (luar bandar) sebulan layak memohon e-Kasih.

Cara Daftar eKasih 2020, Dapat Pelbagai Bantuan (Semakan Status)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran e-Kasih termasuk memaparkan syarat kelayakan, cara pendaftaran dan semakan status serta soalan lazim :

Apakah eKasih?

eKasih merupakan sistem pangkalan data bersepadu isi rumah miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Data eKasih digunakan oleh kementerian atau agensi yang memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan.

Ciri-Ciri Utama e-Kasih

Antara ciri-ciri utama e-Kasih adalah iaitu :

  1. Semakan status kemiskinan secara online
  2. Penyelarasan maklumat bantuan
  3. Pengemaskinian maklumat kemiskinan
    secara online
  4. Pengiraan Status Kemiskinan
    (miskin/miskin tegar) secara automatik
    berdasarkan Pendapatan Garis
    Kemiskinan (PGK) per kapita
  5. Penjanaan laporan dan statistik
    kemiskinan
  6. Poverty mapping dan pemantauan
    kemiskinan

Syarat Kelayakan eKasih

Golongan yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa boleh mendaftar.

Cara Pendaftaran e-Kasih 2020 Online

Bagi individu atau orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui telefon, surat atau e-mel rasmi atau membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

Proses Pendaftaran eKasih

Cara Daftar eKasih 2020, Dapat Pelbagai Bantuan (Semakan Status)
Sumber Foto : Portal eKasih

Semakan Status Pendaftaran eKasih 2020 Online

Bagi anda yang telah mendaftar eKasih boleh semak status pendaftaran secara online atau manual seperti berikut :

  1. Untuk membuat semakan status permohonan e-Kasih boleh dibuat menerusi https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
  2. Kemudian, masukkan No. Kad Pengenalan dan ‘Klik Untuk Carian’.

Anda boleh menghubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian/ Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.

Artikel Berkaitan : Cara Pendaftaran i-Suri KWSP Untuk Suri Rumah

Soalan Lazim Berkaitan eKasih

1. Apakah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang digunakan?

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) setiap dua (2) tahun sekali. PGK semasa (tahun 2016) adalah seperti berikut:

Cara Daftar eKasih 2020, Dapat Pelbagai Bantuan (Semakan Status)

2. Apakah maklumat yang direkodkan dalam Sistem eKasih?

Sembilan (9) komponen bagi Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) iaitu butiran KIR dan AIR, lokasi, kediaman, pendidikan, kemahiran dan pekerjaan, harta, kesihatan, bantuan dan pendapatan.

3. Apakah yang dimaksudkan dengan Ketua Isi Rumah (KIR)?

Ketua Isi Rumah (KIR) adalah daripada kalangan ahli isi rumah sesuatu tempat kediaman yang bertanggung jawab atau diberi tanggung jawab terhadap kebajikan ahli isi rumah di mana dia tinggal.

4. Apakah yang dimaksudkan dengan Ahli Isi Rumah (AIR)?

Ahli Isi Rumah (AIR) adalah mereka yang dianggap sebagai penghuni atau tanggungan di sesuatu tempat kediaman di mana mereka tinggal.

Nota : Untuk dapatkan soalan lazim berkaitan eKasih boleh dirujuk disini.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan e-Kasih, sila layari laman web rasmi e-Kasih https://ekasih.icu.gov.my.

BACA JUGA :

One Response

  1. MOHD ZAHIR ZAINOL June 19, 2020

Leave a Reply