Cara Mohon Bantuan JKM Bagi Ibu Tunggal, Kanak-kanak, Warga Emas & OKU (Semak Status). Panduan buat rakyat Malaysia yang ingin membuat pendaftaran Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat tahun 2020. Untuk makluman, kini anda boleh membuat pendaftaran dan semak status permohonan Bantuan JKM secara atas talian (online) melalui Portal eBantuan JKM. Selain itu, anda juga boleh memohon bantuan JKM dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah.
Jabatan Kebajikan Masyarakat singkatan JKM adalah merupakan satu institusi kerajaan yang bertujuan menjaga kebajikan rakyat Malaysia yang memerlukan berlandaskan lima teras utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian. Kumpulan sasar JKMM termasuklah kanak-kanak, Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas, orang miskin, ibu tunggal, keluarga bermasalah dan mangsa bencana.
Cara Mohon Bantuan JKM Bagi Ibu Tunggal, Kanak-kanak, Warga Emas & OKU (Semak Status)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat termasuk memaparkan senarai bantuan, cara permohonan dan aplikasi semakan :
Menerusi Perutusan Khas YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Pelan Pemulihan Ekonomi Negara Jangka Pendek pada 5 Jun 2020, mengumumkan seramai 300 ribu OKU termasuk ibu tunggal tersenarai dengan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) layak terima bayaran RM300 secara one-off sebelum Aidiladha.
Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat
Berikut merupakan jenis-jenis bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat antaranya iaitu :
1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
KADAR :
Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM450 seisi rumah melebihi 4 orang kanak-kanak.
KRITERIA :
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
- Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas;
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).
2. Elaun Pekerja Cacat (EPC)
3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
KADAR :
RM250 seorang sebulan
KRITERIA :
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Berumur 16 tahun dan ke atas;
- Pemegang Kad OKU JKM;
- Tidak berupaya bekerja;
- Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa
4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
5. Bantuan Orang Tua (BOT)
KADAR :
RM350 sebulan seorang
KRITERIA :
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
- Warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma;
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
6. Bantuan Am Persekutuan (BA)
7. Bantuan Anak Pelihara (BAP)
8. Bantuan Latihan Perantis (BLP)
9. Bantuan Geran Pelancaran (GP)
10. Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT)
11. Tabung Bantuan Segera (TBS)
Cara Mohon Bantuan JKM 2020
A. Permohonan Bantuan JKM Secara Online
1. Permohonan boleh dibuat secara online di portal eBantuan JKM http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
2. Daftar permohonan anda mengikut negeri masing-masing.
3. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan isikan borang-borang yang berkaitan dengan lengkap.
Nota : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
B. Permohonan Bantuan JKM Secara Manual (Borang)
Selain online, pemohon boleh membuat permohonan bantuan JKM secara manual iaitu mengisi borang permohonan dengan hadirkan diri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah.
1. Anda perlu minta kepada kaunter JKM untuk dapatkan borang permohonan JKM (Borang Permohonan Bantuan).
2. Lengkapkan borang JKM tersebut.
3. Sila bawa beberapa dokumen sokongan bersama dengan borang permohonan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah.
Borang Yang Berkaitan:
- JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan)
- Borang Kemaskini Maklumat JKM 20
Cara Semak Status Bantuan JKM 2020 Online
1. Semakan status permohonan boleh dibuat secara online di laman web http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp.
2. Klik pada ‘Semakan Status Permohonan Atas Talian’.
3. Masukkan No. Kad Pengenalan anda dan klik pada butang ‘Semak’.
Bantuan JKM RM300 One-Off Bagi Ibu Tunggal Dan OKU
Menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), kerajaan Malaysia mengumumkan seramai 300,000 OKU termasuk ibu tunggal tersenarai dengan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) layak terima bayaran one-off RM300 dibayar sebelum Aidiladha tahun 2020.
Info Penting : Menerusi Jabatan Pembangunan Wanita, selaras pengumuman YAB Perdana Menteri melalui Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek berkaitan Bantuan Khas Ibu Tunggal, pendaftaran bantuan tersebut akan dibuka dalam tempoh terdekat. Sebarang pemakluman akan dikemaskini dari semasa ke semasa melalui laman web dan Facebook Jabatan Pembangunan Wanita.
Untuk sebarang keterangan lanjut tentang JKM, sila hubungi:
Jabatan Kebajikan Masyarakat,
Aras 6, 9-18,
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
No. Tel : 03-8000 8000
BACA JUGA : Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 (PENJANA)
Penafian : Laman web myinformasi tiada sebarang kaitan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pembangunan Wanita. Laman ini hanya kongsikan dan memberitahu tentang bantuan yang diumumkan oleh kerajaan. Untuk makluman lanjut sila layari ke laman web rasmi JKM dan JPW.
Jika ibu Saya rakyat singapura, tetapi sudah tggl di Malaysia lbh 20 tahun,adlah layak until memohon bantuan untuk IBU tunggal?
Saya mohonlah pertolongan ank saya nk sekolah ni..tpon satu ja..ad ank sekolah dua org..pyh la..nk buat Kijo sekolah..nk beli tpon xde duit…sbk suami sy OKU..nk tulong la..mitok2 la.. boleh tpon satu lg .