Permohonan dan Semakan Status Pengeluaran i-Lestari KWSP Kini Boleh Dibuat Secara Online. Nak buat permohonan baharu pengeluaran i-Lestari KWSP? Berita baik buat pencarum kini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyediakan satu sistem online untuk permohonan pengeluaran dan semak status i-Lestari KWSP hanya secara atas talian. Untuk makluman, Ahli KWSP boleh memohon pengeluaran i-Lestari KWSP secara online di laman web rasmi ilestari.kwsp.gov.my. Anda tak perlu lagi guna i-Akaun atau beratur di Kiosk KWSP. Dijangka pengeluaran wang simpanan KWSP akaun kedua akan dikreditkan ke akaun bank mulai 4 Mei 2020.
Tujuan kerajaan memperkenalkan inisiatif i-Lestari ini untuk mengurangkan beban perbelanjaan harian rakyat yang terkesan dengan penularan Covid-19. Jumlah pengeluaran dianggarkan bernilai RM40 billion yang memberi manfaat kepada 12 juta ahli KWSP.
Permohonan dan Semakan Status Pengeluaran i-Lestari KWSP Kini Boleh Dibuat Secara Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pengeluaran i-Lestari KWSP termasuk memaparkan syarat kelayakan, cara mohon dan semakan status :
Syarat Kelayakan Untuk Mohon i-Lestari KWSP
a. Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia.
b. Berumur di bawah 55 tahun.
c. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2.
Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari KWSP Secara Online
1. Layari laman sesawang https://ilestari.kwsp.gov.my/
2. Pilih ‘Permohonan Baharu’.
3. Isikan Nama Penuh, No. MyKad, No. Telefon Bimbit, Alamat E-mel, Alamat dan Poskod.
4. Pilih jumlah ‘Amaun Dimohon Sebulan (RM).
5. Pilih ‘Bank’ dan masukkan ‘Nombor Akaun Bank (Simpanan/Semasa) Aktif’.
6. Tanda pada kotak pengesahan pengakuan pemohon.
7. Baca dan fahami Perakuan Pemohon dan tekan butang SETUJU.
8. Pastikan semua maklumat yang diisi adalah BETUL dan TEPAT sebelum menekan butang HANTAR.
9. Pemohonan pengeluaran anda telah berjaya dihantar.
Nota :
i. Bayaran pengeluaran bulan pertama akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing bermula 4 Mei 2020.
ii. Semakan status permohonan boleh dibuat dalam tempoh DUA (2) hari selepas permohonan dibuat.
Semak Status Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP Online
1. Pilih ‘Semak Status Permohonan’.
2. Masukkan Nombor MyKad, Nombor Telefon Bimbit dan tekan ‘Semak’.
3. Status permohonan akan dipaparkan bagi tujuan semakan.
BACA JUGA :
Untuk makluman lanjut, sila layari ke laman web www.epf.gov.my atau emel ke ilestari@epf.gov.my.
Sumber : Rasmi KWSP