Cara Claim RM50 ePENJANA Dan Guna Kredit Melalui Boost, GrabPay & Touch n Go

Cara Claim RM50 ePENJANA Dan Guna Kredit Melalui Boost, GrabPay & Touch n Go. Bilakah tarikh tuntutan RM50 ePENJANA? Berita baik buat rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas dan berpendapatan tahunan kurang daripada RM100,000 dalam tahun 2019 berdasarkan LHDN. Untuk makluman, Kementerian Kewangan Malaysia mengumumkan pelancaran program RM750 juta kredit ePENJANA yang merupakan inisiatif di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA). Bagi anda memenuhi syarat kelayakan akan mendapat RM50 kredit ePENJANA mulai 31 Julai 2020.

Cara Claim RM50 ePENJANA Dan Guna Kredit Melalui Boost, GrabPay & Touch n Go

ePENJANA adalah merupakan inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) untuk mendorong perbelanjaan pengguna dan menanamkan amalan membuat transaksi melalui pembayaran tanpa sentuhan (cashless). Jangkaan 15 juta rakyat Malaysia akan menerima manfaat daripada ePENJANA, di mana kerajaan akan memberikan kredit eWallet sebanyak RM50 kepada mereka yang layak untuk digunakan bagi pembelian melalui e-wallet yang terpilih (Boost, GrabPay atau Touch n’ Go eWallet). Pemohon juga akan menerima padanan insentif tambahan bernilai RM50 dalam bentuk rebat tunai, baucar dan mata ganjaran.

Cara Claim RM50 ePENJANA Dan Guna Kredit Melalui Boost, GrabPay & Touch n Go

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang RM50 ePENJANA termasuk memaparkan cara tuntutan dan kegunaan kredit serta insentif melalui Boost, GrabPay dan Touch n Go eWallet :

Tarikh Claim RM50 Kredit ePENJANA

Kredit e-dompet berjumlah RM50 akan dipadankan dengan penawaran baucar diskaun dan pulangan tunai bernilai RM50 bagi pembelian fizikal.

Tempoh memohon RM50 kredit ePENJANA adalah dari 31 Julai hingga 24 September 2020, manakala tarikh akhir penggunaan ePENJANA adalah pada 30 September 2020.

Apa Itu e-dompet?

e-Dompet atau bahasa Inggeris dikenali sebagai eWallet merupakan dompet digital yang mempunyai fungsi penyimpanan wang dan membolehkan aktiviti membeli-belah secara dalam talian. Perkhidmatan e-Dompet disediakan oleh pengendali e-Dompet yang mempunyai lesen daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

Syarat Kelayakan Tuntut RM50 ePENJANA

Untuk memohon program ePENJANA, anda mesti memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  • Mestilah warganegara Malaysia
  • Mestilah 18 tahun dan ke atas pada 31 Disember 2020
  • Berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun berdasarkan rekod terkini di LHDN
  • Muat turun aplikasi MySejahtera dan menjadi pengguna berdaftar

Artikel Berkaitan : Cara Muat Turun dan Daftar Aplikasi Mysejahtera

Cara Tuntut RM50 Kredit ePENJANA

Untuk memohon kredit, setiap pemohon mesti memuat turun aplikasi Grab, Boost dan Touch n Go Digital dan menggunakan aplikasi MySejahtera.

Cara Guna Dan Insentif RM50 ePENJANA Melalui Boost, GrabPay Dan Touch n Go

1. GrabPay

7,000 penuntut pertama yang membelanjakan RM50 ePENJANA dan gunakan sekurang-kurangnya satu perkhidmatan Grab (Perjalanan Grab, GrabFood, GrabMart atau GrabExpress) dalam minggu itu untuk turut memenangi bonus mingguan RM75 baucar-baucar.

Cara Claim RM50 ePENJANA Dan Guna Kredit Melalui Boost, GrabPay & Touch n Go

Untuk makluman lanjut, sila layari laman web https://www.grab.com/my/pay-deals/others/grab-epenjana-bm/

2. Boost

Mulai 31 Julai 2020 dan seterusnya, mana-mana penuntut yang berjaya dari Boost dapat menikmati jumlah lebih dari RM130 setiap pengguna dengan harga RM50 ePENJANA yang terdiri daripada:

  • Ganjaran RM60 dari Baucar Pascabayar Celcom XP Lite.
  • Bundle Lifestyle Rewards bernilai sehingga RM20 (“Bundle”) diberikan secara rawak apabila mereka membelanjakan minimum RM5 dari ePENJANA RM50.
  • Berpeluang memenangi hadiah menarik setiap bulan seperti MYVI (1500 AV AT), Yamaha Y15ZR, alat Samsung dan banyak lagi.

Anda juga boleh menggunakan ePENJANA RM50 untuk sebarang urusniaga dalam Boost misalnya seperti membayar di luar talian & rakan dalam talian, membayar bil, menambah prabayar, membeli baucar kecuali untuk ‘Donation‘ dalam aplikasi.

Cara Claim RM50 ePENJANA Dan Guna Kredit Melalui Boost, GrabPay & Touch n Go

Untuk makluman lanjut, sila layari laman web https://www.myboost.com.my/epenjana-rm50/claim-epenjana/

3. Touch n Go

Bagi 1,000,000 pemohon yang pertama boleh dapat promosi dan ganjaran baucar bernilai lebih daripada RM300.00. Pemohon yang layak akan menerima baucar tersebut yang diberikan secara rawak (random).

Untuk makluman lanjut, sila layari laman web https://www.tngdigital.com.my/epenjana-bm

BACA JUGA : Semakan Kelulusan Permohonan BSH 2020

Leave a Reply