Tarikh Bayaran Duit i-Lestari KWSP Untuk November 2020 (Jadual)

Tarikh Bayaran Duit i-Lestari KWSP Untuk November 2020 (Jadual). Bilakah tarikh pembayaran i-Lestari KWSP bulan November 2020? Panduan buat Ahli KWSP yang telah membuat permohonan pengeluaran i-Lestari tahun 2020. Untuk makluman, pembayaran i-Lestari KWSP bagi bulan sebelum ini telah dikreditkan ke akaun masing-masing pada tarikh yang ditetapkan. Bagi pemohon yang gagal dikreditkan, anda akan menerima Cek Jurubank daripada pihak KWSP atau pengemaskinian akaun maklumat di portal ilestari. Pembayaran i-Lestari KWSP bagi bulan November 2020 dijangka dikreditkan ke akaun bank bermula pada 2 November 2020 secara berperingkat.

Tarikh Bayaran Duit i-Lestari KWSP Untuk November 2020 (Jadual)

Bagi anda yang nak buat permohonan baru atau pembatalan pengeluaran i-Lestari hendaklah dibuat sebelum atau pada 31 Mac 2021. Amaun pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan adalah minimum RM50 dan RM500 maksimum. Pengeluaran i-Lestari adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan Ahli bagi memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik COVID-19.

Tarikh Bayaran Duit i-Lestari KWSP Untuk November 2020 (Jadual)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pengeluaran i-Lestari KWSP termasuk memaparkan konsep am, tarikh dan semakan status :

Jadual Pengeluaran i-Lestari KWSP

Menurut maklum balas daripada KWSP, Ahli hanya perlu membuat permohonan pengeluaran satu (1) kali sahaja. Ahli akan terima bayaran i-Lestari dalam tempoh yang sama pada setiap bulan berikutnya. Bagaimanapun, bayaran ini akan diproses pada hari bekerja berikutnya sekiranya tarikh bayaran jatuh pada hari Sabtu, Ahad atau cuti umum.

Jika pada 2 November 2020 masih belum terima lagi pembayaran bermakna pihak KWSP membuat pembayaran secara berperingkat.

Nota : Jadual bayaran pengeluaran i-Lestari KWSP di atas adalah sebagai rujukan sahaja.

Cara Semak Penyata Dan Baki KWSP Akaun 2

Bagi Ahli yang mempunyai i-Akaun KWSP boleh semak baki dan transaksi bayaran pengeluaran i-Lestari secara atas talian seperti berikut :

  1. Login i-Akaun KWSP bagi anda yang ada akaun. Jika tiada buat pendaftaran di Kiosk KWSP berdekatan.
  2. Pilih Withdrawal/ Pengeluaran
  3. Pilih Withdrawal History

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Kemaskini Maklumat Pembayaran i-Lestari KWSP

Cara Semakan Status Pengeluaran i-Lestari KWSP

  1. Semakan status boleh dibuat secara online menerusi laman web https://ilestari.kwsp.gov.my
  2. Klik pada tab ‘SEMAK STATUS’.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit yang didaftarkan.
  4. Klik pada kotak ‘saya bukan robot’.
  5. Kemudian, klik pada butang semak.

Sebarang pertanyaan lanjut tentang Pengeluaran i-Lestari KWSP, sila hubungi di talian hotline KWSP 03-8922-4848.

BACA JUGA : Cara Permohonan Pembatalan Dan Kemaskini Pengeluaran i-Lestari KWSP

Penafian : Laman web myinformasi tiada sebarang kaitan dengan KWSP. Laman ini hanya kongsikan atau sampaikan informasi kepada umum. Sebarang kehilangan tidak dipertanggungjawabkan oleh laman myinformasi.

Leave a Reply