Semakan Permohonan PTPTN 2022 Online. Bagaimana cara semakan status permohonan PTPTN? Panduan buat anda yang telah membuat pinjaman pendidikan PTPTN. Selepas menghantar permohonan PTPTN menerusi online mungkin anda tertanya-tanya apakah status permohonan PTPTN? Sepertimana anda tahu pinjaman ini adalah suatu urusan yang penting bagi pelajar lepasan SPM/ STPM yang melanjutkan pengajian ke IPTA/ IPTS atau Politeknik di Malaysia. Untuk pengetahuan anda, kini semakan status permohonan PTPTN boleh dibuat dalam talian (online) di laman web rasmi PTPTN.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau singkatannya (PTPTN) ditubuhkan untuk menguruskan pembiayaan kewangan dan pinjaman pelajaran pengajian tinggi di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia. PTPTN juga turut menyediakan skim simpanan pendidikan yang dikenali sebagai “Skim Simpanan Pendidikan Nasional” (SSPN).
Semakan Permohonan PTPTN 2022 Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan permohonan PTPTN sama ada lulus atau tidak lulus termasuk aplikasi online :
○ Jadual Tarikh Duit PTPTN Masuk IPTA/ IPTS
A. Semakan Status Permohonan PTPTN
1. Pemohon perlu layari ke laman rasmi PTPTN di pautan http://www.ptptn.gov.my/web/guest/anjung.
2. Klik icon ‘Permohonan Pinjaman’.
3. Login akaun dengan masukkan nombor kad pengenalan (MyKad) dan kata laluan anda.
4. Selepas itu akan dipaparkan status permohonan PTPTN anda.
B. Semakan Tawaran Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP)
1. Semakan WPP melalui pautan [KLIK SINI].
2. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan tekan butang ‘hantar’ untuk semakan.
Semoga anda berjaya mendapat pembiayaan pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan dapat digunakan untuk pembayaran yuran pengajian anda.