Cara Permohonan Pembatalan Dan Kemaskini Pengeluaran i-Lestari KWSP Online. Nak batal pengeluaran i-Lestari KWSP? Panduan buat pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah membuat pengeluaran i-Lestari KWSP. Untuk makluman, kini ahli KWSP boleh membuat pembatalan dan kemaskini pengeluaran i-Lestari KWSP secara atas talian (online) menerusi laman web rasmi ilestari.kwsp.gov.my.

Pengeluaran i-Lestari KWSP adalah satu inisiatif daripada kerajaan untuk mengurangkan beban perbelanjaan harian rakyat yang terkesan dengan penularan Covid-19. Pencarum boleh membuat pengeluaran wang KWSP akaun kedua dengan minimum RM50 sehingga RM500 selama 12 bulan.
Cara Permohonan Pembatalan Dan Kemaskini Pengeluaran i-Lestari KWSP Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang i-Lestari KWSP termasuk memaparkan cara pembatalan dan kemaskini :
Kemaskini Pengeluaran i-Lestari KWSP
1. Pemohon boleh buat kemaskini i-Lestari KWSP menerusi https://secure.kwsp.gov.my/member/ilestari/amendment
2. Lengkapkan maklumat yang diperlukan. Ahli boleh kemas kini maklumat Pengeluaran i-Lestari seperti berikut:
- Maklumat akaun bank
- Amaun pengeluaran
- Nombor telefon bimbit
- Pilihan Arahan Bayaran (bagi yang tidak memiliki akaun bank)
3. Klik pada butang ‘semak’.
Artikel Berkaitan : Semakan Status Pengeluaran i-Lestari KWSP Lulus Atau Gagal
Cara Permohonan Pembatalan Pengeluaran i-Lestari KWSP
A. Portal i-Lestari KWSP
- Pembatalan pengeluaran i-Lestari boleh dibuat menerusi laman sesawang https://secure.kwsp.gov.my/member/ilestari/cancellationOnline?0
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon Bimbit anda.
- Pilih bank dikehendaki dan masukkan nombor akaun bank.
- Seterusnya, masukkan amaun dimohon.
- Klik ‘saya bukan robot’.
- Setelah itu, klik pada butang ‘Hantar’.
B. Melalui e-Pembatalan dalam i-Akaun
Langkah-langkah untuk membuat pembatalan Pengeluaran i-Lestari melalui e-Pembatalan dalam i-Akaun (Ahli) adalah seperti berikut:
- Ahli perlu log masuk ke i- Akaun (Ahli)
- Pilih Tab Pengeluaran
- Pilih e-Pembatalan
- Klik Batal pada jenis Pengeluaran i-Lestari untuk meneruskan pembatalan

Nota : Untuk dapatkan soalan lazim Pengeluaran i-Lestari KWSP boleh rujuk https://www.kwsp.gov.my/faq-i-lestari
Untuk makluman lanjut, sila layari ke laman web www.epf.gov.my atau emel ke ilestari@epf.gov.my.
BACA JUGA : Permohonan Baru Pengeluaran i-Lestari KWSP


