Tarikh Bayaran BSH Fasa 3 Bersama Tambahan RM100 + RM120 Untuk Anak Sebelum Akhir Bulan Julai. Bilakah tarikh bayaran Bantuan Sara Hidup Fasa 3 tahun 2020? Panduan buat penerima Bantuan Sara Hidup tahun 2020 dimana menerusi portal rasmi BSH, bayaran Fasa Ketiga dijangka akan dikreditkan sebelum akhir bulan Julai. Untuk makluman, penerima BSH 2020 akan menerima tambahan RM100 yang akan dilakukan bersama Fasa 3 dan melibatkan 5 juta penerima, iaitu 3.8 juta isi rumah dan 1.2 juta individu bujang. Bagi golongan isi rumah B40 termasuk bujang yang membuat permohonan baru BSH boleh semak status masing-masing menerusi portal BSH.

Penerima kategori isi rumah juga akan menerima tambahan RM120 bagi setiap anak bawah 18 tahun maksima 4 orang anak. Sebelum ini, kategori isi rumah telah menerima RM300 pada bulan Januari 2020 dan pembayaran fasa kedua BSH pula dibayar berjumlah RM200 pada 16 Mac 2020. Tahun ini, kategori tambahan telah disenaraikan dalam BSH 2020 iaitu bagi bujang berumur 40 tahun dan ke atas termasuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Tarikh Bayaran BSH Fasa 3 Bersama Tambahan RM100 + RM120 Untuk Anak Sebelum Akhir Bulan Julai
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang BSH 2020 Fasa 3 bersama tambahan RM100 dengan RM120 untuk anak termasuk memaparkan tarikh, jumlah bayaran dan semakan status :
Kategori dan Jumlah Bayaran Bantuan Sara Hidup 2020
- Jumlah BSH RM1000 tambah RM120/ Anak Isi Rumah pendapatan bulanan RM2000 dan ke bawah.
- Jumlah BSH RM750 tambah RM120/ Anak Isi Rumah pendapatan bulanan RM2001 hingga RM3000.
- Jumlah BSH RM500 tambah RM120/ Anak Isi Rumah pendapatan bulanan RM3001 hingga RM4000.
- Jumlah BSH RM200 diberikan kepada kategori Bujang berusia 40 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah.
- Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 18 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah.
Artikel Berkaitan : Cara Muat Turun Aplikasi MySejahtera & Claim Kredit RM50 eWallet
Tarikh Bayaran BSH 2020
Penerima Bantuan Sara Hidup akan menerima bayaran Fasa 3 bersama tambahan RM100 dengan RM120 untuk anak yang dijangka dikreditkan ke akaun bank masing-masing pada sebelum akhir bulan Julai 2020. Tarikh bayaran BSH Fasa 3 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Cara Semak Status Permohonan BSH 2020
Berikut adalah cara untuk membuat semakan status BSH 2020 melalui Portal Rasmi BSH (https://bsh.hasil.gov.my) :
1. Semakan status boleh dibuat secara online menerusi portal BSH https://bsh.hasil.gov.my/.
2. Klik menu ‘Semakan Status Permohonan’ (Maklumat pembayaran BSH 2020).
3. Kemudian, masukkan Nombor MyKad.
4. Isi captcha dan tekan butang ‘Semak’.
5. Maklumat yang akan dipaparkan iaitu :
a. Status Permohonan
b. Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
Nota : Status kelulusan BSH 2020 bagi permohonan baharu dan rayuan akan diumumkan dalam masa terdekat jangkaan pada Julai 2020.
Sebarang pertanyaan lanjut tentang BSH, sila hubungi di talian :
- Nombor Hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03 – 8882 4565/03 – 8882 4566
- Nombor Bebas Tol LHDN: 1-800-88-2716
- Web: https://bsh.hasil.gov.my/
BACA JUGA : Cara Daftar i-Saraan KWSP Bagi Bekerja Sendiri/ Suri Rumah
Penafian : Laman web myinformasi tiada sebarang kaitan dengan portal Bantuan Sara Hidup. Laman ini hanya kongsikan dan memberitahu makluman terkini secara umum sahaja. Untuk maklumat lanjut sila layari ke laman web rasmi BSH.