Cara Muat Turun Aplikasi MySejahtera Dan Claim Kredit RM50 e-dompet. Berita baik buat rakyat Malaysia dimana kerajaan Malaysia mengumumkan akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-dompet individu yang menggunakan aplikasi MySejahtera. Hal ini diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi menggalakkan orang ramai untuk memuat turun aplikasi tersebut. Bagi yang nak claim kredit RM50 e-dompet boleh muat turun aplikasi MySejahtera menerusi Google Play Store, Apple App Store dan Huawei AppGallery.
Aplikasi MySejahtera adalah satu aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil tindakan yang cepat, tepat dan berkesan untuk mengenalpasti kontak rapat sekiranya berlaku kes jangkitan Covid-19.
Cara Muat Turun Aplikasi MySejahtera Dan Claim Kredit RM50 e-dompet Anda!
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Aplikasi MySejahtera termasuk memaparkan cara claim kredit, fungsi dan daftar aplikasi :
Menerusi Perutusan Khas Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) oleh Perdana Menteri pada 7 Jun 2020, mengumumkan pemberian kredit RM50 e-dompet yang akan memanfaatkan kepada 15 juta rakyat Malaysia. Inisiatif ini diperkenalkan bagi menggalakkan rakyat berbelanja secara online, dimana kod promosi dan pelbagai baucar diskaun akan diberi melalui platform e-dagang.
Apakah Aplikasi MySejahtera?
MySejahtera adalah merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ianya membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.
Fungsi Aplikasi MySejahtera
Antara fungsi-fungsi Aplikasi MySejahtera yang memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia antaranya iaitu :
- Mengetahui risiko anda terhadap jangkitan COVID19.
- Memperolehi maklumat terkini dan sahih tentang COVID19 di Malaysia dan dunia.
- Melakukan pemeriksaan kendiri dari masa ke semasa.
- Mengetahui dan mencari hotspot COVID19 di sekitar anda.
Cara Download Aplikasi MySejahtera
Aplikasi MySejahtera ini boleh dimuat turun menerusi Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery. Berikut adalah cara muat turun aplikasi MySejahtera adalah iaitu :
Langkah 1: Imbas Kod QR di bawah atau klik pautan https://mysejahtera.malaysia.gov.my
Langkah 2: Masukkan no. telefon bimbit anda atau alamat e-mel anda.
Langkah 3: Tekan pada butang ‘Hantar’. Anda akan menerima one time pin (OTP) melalui SMS daripada MySMS 63839.
Langkah 4: Masukkan OTP yang diterima dan tekan ‘Hantar’.
Langkah 5: Kemudian, masukkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan tekan ‘Hantar’.
Langkah 6: Anda akan mendapat mesej ‘Pendaftaran Berjaya’.
Langkah 7: Muat turun aplikasi MySejahtera tersebut.
Langkah 8: Log masuk.
e-Penjana: Kredit e-dompet Berjumlah RM50
BACA JUGA : Internet Percuma 1GB sehingga 31 Disember 2020 (PENJANA)