Syarat Kemaskini Permohonan Baru BSH Fasa Ke-3 (Borang). Panduan buat penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa Ketiga tahun 2020. Umum makluman menerusi laporan daripada Menteri Kewangan Malaysia, mengumumkan pembayaran BSH fasa ketiga bakal dilaksanakan sebelum akhir Julai 2020. Buat penerima kategori bujang termasuk isi rumah B40 akan menerima tambahan bantuan RM120 bagi setiap anak berusia bawah 18 tahun dengan minima empat orang anak.
![Syarat Kemaskini Permohonan Baru BSH Fasa Ke-3 (Borang)](https://i0.wp.com/www.myinformasi.net/wp-content/uploads/2020/07/PicsArt_07-09-06.39.17.jpg?resize=680%2C361&ssl=1)
Bagi anda yang ingin mengemaskini permohonan baru BSH, kemaskini maklumat hanya perlu dibuat sekiranya terdapat sebarang perubahan seperti status perkahwinan termasuk kahwin/ cerai/ kematian pasangan, alamat surat menyurat terkini dan emel, nombor telefon bimbit dan rumah, maklumat akaun bank, maklumat pasangan dan tanggungan dan maklumat waris.
Syarat Kemaskini Permohonan Baru BSH Fasa Ke-3 (Borang)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang BSH Fasa 3 tahun 2020 termasuk memaparkan syarat dan borang kemaskini :
Jumlah Dan Kategori Bayaran BSH Fasa 3 2020
- Isi rumah pendapatan kurang RM2000 akan menerima BSH RM600
- Isi rumah pendapatan antara RM2000-RM3000 akan menerima BSH RM350
- Isi rumah pendapatan antara RM3000-RM4000 akan menerima BSH RM100
- Bujang (40 tahun ke atas) pendapatan kurang RM2000 akan menerima BSH RM400
Syarat Kemaskini Bantuan Sara Hidup Fasa 3
Antara maklumat Bantuan Sara Hidup yang boleh buat pengemaskinian sekiranya ada perubahan iaitu :
- Status perkahwinan termasuk kahwin/ cerai/ kematian pasangan
- Alamat surat menyurat terkini dan emel
- Nombor telefon bimbit dan rumah
- Maklumat akaun bank
- Maklumat pasangan dan tanggungan
- Maklumat waris
Artikel Berkaitan : Download Aplikasi MySejahtera Dan Claim Kredit RM50 eWallet
Cara Kemaskini Maklumat BSH Fasa 3
Borang kemaskini maklumat boleh dimuat turun menerusi pautan ini https://bsh.hasil.gov.my/Download/Borang/2020/BK-26(BorangKemasKiniMaklumatPermohonanBSH2020).pdf
![Syarat Kemaskini Permohonan Baru BSH Fasa Ke-3 (Borang)](https://i0.wp.com/www.myinformasi.net/wp-content/uploads/2020/07/PicsArt_07-09-09.01.16.jpg?resize=680%2C944&ssl=1)
Bantuan Kesihatan PEKA B40
Bagi penerima BSH juga layak menerima skim peduli kesihatan Peka B40 khususnya kepada mereka yang berumur 40 tahun ke atas. Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk menerusi portal PEKA B40 https://www.pekab40.com.my/bm
Untuk keterangan lanjut sila layari ke laman web rasmi BSH https://bsh.hasil.gov.my/
BACA JUGA : Cara Semak Status Penghantaran Dekoder Percuma MYTV Bagi Isi Rumah B40 & OKU BSH
bkss