Cara Daftar i-Saraan KWSP Bagi Bekerja Sendiri, Insentif RM250 Percuma Setiap Tahun. Panduan buat anda yang bekerja sendiri dan ingin membuat caruman KWSP secara sukarela. Untuk makluman, kini bagi golongan yang bekerja sendiri termasuk surirumah boleh membuat caruman KWSP yang dikenali sebagai i-Saraan. Menurut Pelan Pemulihan Ekonomi, kerajaan Malaysia mengumumkan pemberian geran padanan sebanyak RM50 juta untuk pekerja dalam sektor ekonomi gig untuk membuat simpanan KWSP mereka melalui program i-Saraan. Bagi anda yang berkelayakan boleh memohon i-Saraan KWSP dengan memuat turun borang permohonan di laman web KWSP.
Insentif Persaraan atau ringkasnya i-Saraan adalah program caruman sukarela KWSP dengan insentif untuk golongan yang bekerja sendiri atau suri rumah. Ciri utama kemudahan itu adalah pemberian insentif khas kerajaan sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setiap tahun kepada ahli di bawah umur 55 tahun yang mencarum dalam program ini.
Cara Daftar i-Saraan KWSP Bagi Bekerja Sendiri, Insentif RM250 Percuma Setiap Tahun
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang i-Saraan KWSP termasuk memaparkan syarat kelayakan, faedah insentif dan cara pendaftaran :
Senarai Faedah Insentif i-Saraan
Antara faedah yang boleh didapati dalam Insentif Persaraan (i-Saraan) adalah iaitu :
- Menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap
- Mencarum mengikut masa dan kemampuan kewangan anda serta anda masih boleh membuat pengeluaran
- Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda
- Menerima insentif khas sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun bagi ahli yang berumur kurang 55 tahun. Insentif khas ini diberikan dari tahun 2018 sehingga 2022.
- Bantuan Kematian: RM2,500
Artikel Berkaitan : Cara Semak Penyata Dan Baki KWSP
Syarat Kelayakan i-Saraan KWSP
- Warganegara Malaysia
- Orang yang bekerja sendiri (Orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja)
- Ahli KWSP
- Berumur 55 tahun ke bawah
- Telah membuat pilihan i-Saraan (Menghantar borang KWSP 16G (M)
Nota: Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Suri (i-Suri), anda perlu membatalkannya sebelum membuat permohonan baru bagi i-Saraan. Walau bagaimanapun ianya adalah bergantung kepada kelayakan pemohon.
Had Bayaran
- Minimum – Tiada had
- Maksimum – RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)
Siapakah pihak yang tergolong di dalam bekerja sendiri?
- Petani/ nelayan/ pemandu teksi
- Pengasuh Bayi
- Peniaga kecil/ penjaja/ peniaga pasar malam/ peniaga uptown
- Ejen menerima komisen (cth: ejen insurans, ejen hartanah)
- Freelancer (cth: menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, pelakon, penyanyi, jurulatih kesihatan, perunding)
- Pemilik perniagaan dalam talian
- Pemilik perniagaan (pemilik tunggal/rakan kongsi) yang membeli dan menjual barangan/perkhidmatan
- Pemilik praktis sendiri (cth: peguam, akauntan, doktor)
- Suri rumah
- Pekerja Berpencen
Cara Pendaftaran i-Saraan KWSP
Permohonan boleh dibuat dengan memuat turun borang permohonan dan perlu disertakan seperti berikut :
- MyKad
- Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
- Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (Semasa bayaran)
- Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet.
i-Saraan KWSP Penjana
Menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan RM50 juta bagi menyokong rangka perlindungan sosial bagi ekonomi gig dan menggalakkan pekerja sektor berkenaan untuk menyimpan demi masa hadapan. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja berharap insentif geran padanan diberikan kerajaan menerusi PENJANA bagi ekonomi gig akan mendorong lebih ramai pekerja sektor berkenaan mencarum dalam program i-Saraan.
Untuk maklumat lanjut tentang i-Saraan, sila layari laman web KWSP di kwsp.gov.my.
BACA JUGA : Cara Daftar i-Suri KWSP Bagi Suri Rumah
Sumber : KWSP
Rohayu Binti